Monday, June 7, 2010

^^...kisah kasih...^^



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,
berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya.
Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar
dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini
supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri
mengenai ketaatannya kepada Allah.

Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya
seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan
berkata,
'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan
suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan.
Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan
bersedih.'


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera
yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
'Di hari pengadilan,
di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada
Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


No comments: