Monday, August 23, 2010

^^...cantiknya Ramadhan itu pada praktikal...^^


~the beauty of ramadhan is not just a theory~
[terjumpa di fb pic2 nih,sangat menarik...]


Ada banyak dating yg halal dan diredhai-Nya. Kenapa perlu menghampiri yang haram?
[kt library,tempat menuntut ilmu,tempat mencari ilmu...dan bulan puasa,bulan mengejar ibadah,bulan membanyakkan amalan...tapi terjadi jer...]


Waktu Ramadhan sangat berharga. Berapa ramai sahabat yang belum kita ziarah? Berapa ramai jiran yang belum kita hadiahkan makanan? Berapa banyak urusan manusia yang belum kita mudahkan?
[apa motif gambar mona lisa???memang orang seni betul....heee...]


Ramadhan waktu terbaik untuk berusaha berhenti merokok. Pandang-pandang sekeliling dan berikan motivasi kpd mereka yg blm mendapat hidayah Allah..
[ye,tapi ada jugak yang xboleh tinggalkan tabiat ni...ada je yang berbuka puasa dengan rokok 1st...bukan dengan kurma....Allahu Allah....]


Perbezaan ketara sambutan Ramadhan generasi salaf dan generasi kita adalah pada amalan & produktiviti.
[puasa selalu dijadikan alasan pada zaman kini...nak buat quiz,xboleh sebab puasa,macam2...nak buat clas sampai petang pun xboleh...clas petang terpaksa dibatalkan sebab puasa...hurm,non-muslim dah fikir lain,teruknya nanti nak kena buat clas ganti...tapi consider jer,coz boleh balik memasak,lecturer pun...]


Ramadhan bulan sabar. Itu sabda Nabi yang perlu disemat, dipaku ke dalam hati.



Countdown menanti Ramadhan sudah. Bagaimana dengan countdown masa Ramadhan yang telah berlalu? Berapa detik yang bernilai bak permata dan berapa detik yang dibuang tanpa cakna?



Ramadhan itu perlu ditekuni. Peta-minda, latih-tubi, bacaan, dan ulangkaji bukan hanya untuk peperiksaan dunia.
[ingatkan kimia jer ada mind map...subhanallah...]



Thursday, August 19, 2010

^^...nescafe 3 in 1???...^^

Tadabbur yang tak kesampaian

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Firman Allah s.w.t:

"pada hari itu,sahabat-sahabat karib saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa..." [surah az-zukhruf: ayat 67]

Akal itu menteri yang menasihati,
Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat,
Persahabatan kerana Allah satu ikatan yang berkekalan...
InsyaAllah...

Menurut riwayat Ibnu 'asakr dari Abu Hurairah:
Andaikan ada dua sahabat yang saling mencintai dan berkasih sayang, salah seorang di antaranya itu berada di timur dan seorang lagi di barat, pasti keduanya akan ditemukan di hari akhirat oleh Allah serta Dia akan berfirman "inilah dia yang dahulu engkau cintai keranaku...
[Rujukan dari tafsir Ibn Katsier] 

Dari tafsir al-azhar:
Mengapa kawan rapat dipandang musuh pada hari akhirat?Bukankah kawan-kawan rapat itu juga yang banyak menentukan corak manusia? Sebuah hadis Nabi menyebutkan "addiinu mu'amalatun" yang bererti agama itu pergaulan. Salah satu pembentuk watak manusia ialah pergaulan. Dihujung ayat "kecuali orang-orang yang bertaqwa" iaitu mereka yang sentiasa membentuk dan memelihara hubungan yang baik dengan Tuhan. Mereka semestinya mencari kawan-kawan yang tinggi imannya untuk dijadikan teladan dan orang yang kurang darinya untuk dipimpinnya.

Huraian:
Jika cinta keduanya tidak berlandaskan ketaqwaan kepada Allah maka keduanya akan saling bermusuhan kelak di akhirat. Apalagi jika cinta keduanya justeru menyebabkan terjadinya perbuatan maksiat baik kecil mahupun besar. Tentu kelak mereka berdua akan bertengkar di akhirat. Seseorang yang sangat mencintai kekasihnya sering melakukan apa saja demi kekasihnya. Tak peduli pada apa pun. Kadang-kadang juga tak peduli pada pertimbangan dosa atau tak dosa. Jika yang dilakukann adalah dosa tentu akan menyebabkan keduanya akan bermusuhan kelak di akhirat. Sebab mereka akan berseteru di hadapan pengadilan Allah.

Dr.Fadzillah Kamsah: Cemburu

katanya, cemburu tanda iman, tetapi cemburu yang keterlaluan dirasuk syaitan. Sifat cemburu, setiap orang memiliki, tapi terletak pada diri untuk mengawalnya.

Punca-punca cemburu:
-terlalu sayang
-tak yakin pada diri
-pengalaman pahit yang lalu
-rasa terabai
-merasa tak sepadan dengan pasangan

Cara-cara mengatasi cemburu:
-belajar dari pengalaman silam
-hadapi kenyataan
-hormati diri sendiri
-dapatkan pandangan orang ketiga
-tetapkan sesetengah peraturan lebih awal
-betulkan paradigma (cemburu tanda iman tapi jangan berlebihan)
-berdoa supaya dikurangkan cemburu
-bentukkan kehebatan diri
-pamerkan kasih sayang yang berterusan
-bincang dengan pasangan tentang kecemburuan kita
-tingkatkan penampilan diri
-bersangka baik

[cemburu??? hehehe....semua orang ada k0t sifat nih,wallahu'alam...tapi cemburu yang macam mana?jangan la letakkan cemburu tu pada tempat yang salah...contohnya cemburukan artis pujaan, cemburukan jejaka yang diminati...subhanallah....banyak jer huraian Dr.Fadzillah ni, especially untuk yang dah bersuami/beristeri...kurangkan sifat ni,kalau keterlaluan,diri sendiri yang parah...orang lain steady jer.....]


bananas feel envy too?hehehe....bananas have feeling too if like dat....



mine?ni lah yang kena terima kenyataan..kalo dh "mine" tuh femes, terima je la,sape suruh sukakan orang femes.....kan dh banyak jer saingannnya....



ni cemburu yang keterlaluan,sampaikan fry pan diguna...nak ketok kepala laki ke ape tuh....ya Allah,sabar sabar....heeee.......

Rindu dulu "not equal" rindu sekarang

Aziz bin Lebai Salleh, buah hati dulu,sekarang dan selamanya....rindu...rindu sangat-sangat...dulu kalau rindu, boleh la jumpa dia...tapi kalau sekarang?subhanallah,hanya mampu membaca al-fatihah...tapi ummul kitab ni lah yang dia perlukan...dulu rindu dia, bolehla makan-makan mee kuah dengan dia...tapi sekarang,dah xleh buat semua tuh....

dulu,menangkul ikan sesama tepi sungai...dia menangkul,then diri ni la yang akan kutip  ikan-ikan yang dah jadi mangsa....bestnya zaman tu....dulu,tengok cerita pingu bersama....dulu,berebut nak tengok siaran tv...dia tak xsuka tengok senario,tapi yang sorang lagi nak tengok jugak...tapi sebagai orang yang disayangi,xtengok jugak senario kalau dengan dia....dulu,berebutkan kerusi malas....hehehe...xde keje,saje gurau2 manje berebut kerusi tuh,padahal bukan nak duduk sangat pun....nak bergaduh je lebih....

tapi sekarang?semua tu dah xde....sekarang, sungai tuh dah sepi,dah sunyi tanpa kehadiran dua insan ni....kadang-kadang jenguk jugak sungai tu,tapi jenguk je la,nak menangkul ikan sendiri?xreti den....huhuhu.....sekarang dah xboleh tengok cerita pingu,dah xnak tengok senario....sekarang,dah tak suka langsung pada mee kuning,ntah nape...padahal dulu boleh jer mkn w'pun sikit,adakah ini faktornya???dan sekarang,kerusi malas tuh dah sepi tanpa ada insan2 yang menggunakannya....tapi kadang2 nak lepaskan rindu,duduk jugak...merasai kehadirannya......


pasangan ideal dan romantik hingga akhirnya, hajah rahmah haji mahmud dan aziz bin lebai salleh...

rindu tok wan....tok wan dah tinggalkan along....al-fatihah ilal Aziz bin Lebai Salleh....



Saturday, August 14, 2010

^^...doa pembuka 12 pintu kebaikan...^^

بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)


Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Friday, August 13, 2010

^^...wanita menangis...^^


Menangis?selalu dikaitkan dengan wanita,hurm....


Tangisan yang berkualiti:
-Tangisan semasa bertaubat
-Tangisan semasa bermunajat
-Mengenang pengorbanan rasul
-Menangis tanda syukur
-Tangisan bahagia

Punca menangis:
-Mencuci mata
-Mengurangkan stress
-Emosi yang teruja
-Tanda keinsafan
-Sebagai ugutan emosi

Factor suka menangis:
-Anak sulung
-Muka mirip emak
-Orang yang suka menolong (penghiba)

Kesan tangisan:
-Dapat perhatian
-Suasana rumah tangga tergugat
-Lelaki jadi bingung
-Orang lain dapat mesej
-Mata bersih dan sihat

Tangisan wanita?Dr.Fadzillah Kamsah kata tangisan wanita melambangkan suara hatinya...hurm?ye ea?mungkin.....banyak sebab kenapa perempuan suka menangis,salah satunya sebab wanita lembut hati...lelaki xlembut hati ke?xla,Rasulullah sendiri menangis,tapi tangisan baginda berkualiti...Nabi menangis kerana munajat baginda kepada Allah,kerana taubat baginda....subhanallah...so,wanita2,jom jadikan tangisan kita berkualiti...

Dr. Fadzillah jugak kata, anak sulung adalah factor kenapa suka menangis...mula dengar macam xlogik,tapi ada sebabnya kenapa beliau kata macam tu...sebabnya, semasa kandungan pertama, emosi ibu belum stabil...hurm,betul la jugak...anak pertama,ibu belum biasa dengan keadaan kandungan, tak pernah ada pengalaman lagi,sebab tuh emosi kurang stabil...betul betul betul!!!!

Macam mana nak tahan diri daripada tak menangis?hehehe, kalau xnak nangis, sebelum nak nangis tuh,senyum dulu...then hilanglah hiba tu...walaupun masih ada kehibaan,tapi dengan senyuman, jadi pengubat...berjaya berjaya!!! Then,banyakkan berdoa dan redho dengan ketentuan-Nya.

Tapi kan,bila sekali menangis “gila-gila”,then after dat, memang “fuh,lega!!!”...memang rasa sihat kalau time ada masalah...tapi ye la,kena kawal tangisan ni...tak pernah lagi menangis depan orang,malu kot...xnak la dapat perhatian daripada orang lain, malu jerrrr....rumah tangga tergugat?kesan jugak tuh,bingung laki dibuatnya...hurm...contohnya, abah memang bingung la bila anak dia menangis “gila-gila” masa keputusan PMR keluar,hehehe...maaf ye,abah...xsengaja...rasa nak all out je masa tuh...yang umi lak,tumpang nangis sekali,hahaha...lawak-lawak....lagi la bingung abah dibuatnya...nak kawal bini, nak kawal anak lagi....so, jangan la nangis depan lelaki...bingung bingung...tapi kesan yang terakhir best,mata bersih dan sihat...kesan ni, macam nak suruh nangis selalu jer....hehehe....


baby nangis, agak comeyyyy!!!
hurm....soooo cute....




mood kerinduan....rindu pada Pencipta, rindu pada kawan2....Ramadhan kareem, dekatkan diriku pada Penciptaku...



Monday, August 9, 2010

^^...kem aspirasi Islam...^^

Islam dan ideologi

Ideologi: kajian mengenai kefahaman yang diasaskan oleh manusia.
Adakah agama dan ideologi berbeza? Ya, agam ialah kepercayaan yang datang daripada Allah, tapi ideologi fahaman yang diasaskan oleh manusia. Islam bukan fahaman, tapi Islam ialah pegangan.

Contoh ideologi:
1)       -Hedonisme
2)       -Sekularisme
3)       -Nasionalisme
4)       -Liberalisme

Isme ialah kefahaman atau suatu pemikiran untuk kepentingan diri.

1) Hedonisme
Hedonisme ialah hiburan yang melampau melebihi batas syarak yang ditetapkan oleh Islam. Suatu bentuk pemikiran yang mementingkan hiburan melebihi agama. Contoh di dalam kampus: tarian antara lelaki dan perempuan, konsert yang diadakan pada malam pesta konvo(pergaulan lelaki dan perempaun tiada batasan), persembahan teater tanpa mengasingkan tempat duduk lelaki dan perempuan. Contoh dalam masyarakat: kenduri kahwin yang mengadakan karaoke,ghazal parti nyanyian oleh perempuan. Kenapa tidak diadakan marhaban?khatam quran oleh pengantin?

Nak cegah fahaman ni,cegah la dalam diri dulu,yang penting. Setiap orang mempunyai keinginan untuk berhibur,tapi bagaimana hiburan tu,yang perlu dititikberatkan. Islam x melarang untuk berhibur, tapi ada batasnya.

2)Sekularisme
Sekularisme ialah pengasingan agama daripada kehidupan. Bagaimana yang dikatakan pengasingan agama daripada kehidupan? Politik kotor, Islam suci,jadi politik dan Islam diasingkan. Di sinilah timbulnya persengkataan apabila agama tidak diletakkan di tempat pertama. Contoh lain yang lebih dekat ialah pakaian (terutama perempuan), ahli dan AJK surau saja yang pakai tudung menutupi dada, ahli dan AJK surau saja yang boleh menegur orang lain. Mana kewajipan bersama dalam amar ma’aruf nahi mungkar?

Dan contoh yang baru tersedar ialah kelas bertindih dengan waktu solat. Kelas pukul 12-2,2-4,4-6...alhamdulillah setakat sem ni,belum ada kelas yang direct macam ni. Cuma kelas pukul 4 hingga 6 ada. Apa solusinya?solat selepas waktu kelas tamat atau keluar 10-15 minit untuk menunaikan solat? Analogi diberi,jika kita sakit perut yang amat sangat, adakah kita akan menahan sakit tersebut tunggu sehingga kelas tamat atau keluar 10-15 minit? Jadi,fikirkan zanariah.

Sejarah sekularisme adalah dari gereja. Wallahualam.

3)Nasionalisme
Nasionalisme bermaksud semangat cintakan negara yang melampau. Faham 49% je, so susah nk describe. Zaman Rasulullah dipanggil assabiyah.

4)Liberialisme
Liberialisme bermaksud hak sama rata. Contohnya perempuan boleh jadi Perdana Menteri, perempuan boleh berkahwin empat[subhanallah], sister in Islam.

Fahaman-fahaman tersebut menyerang Islam secara terus. Tanpa kita sedar sebenarnya menghasut pemikiran kita. Banyak lagi fahaman-fahaman, empat fahaman ni saja,sepetang berbincang. Dengan ada yang berhujah couple dibolehkan. Sikit-sikit pemikiran anak muda kita diracuni. Yang haram, dihalalkan. Yang halal,diharamkan. Astaghfirullah hal ‘azim.

Simulasi Kem Aspirasi Islam

Tanah yang keras,apabila dipijak,tidak meninggalkan kesan. Tanah yang lembut, apabila dipijak,meninggalkan kesan. Begitu juga dengan hati. Jadi, siram dan bajalah hati dengan zikrullah supaya ia sentiasa lembut.

Air sungai yang mengalir, tak pernah berhenti.  Walaupun ada halangan dengan batu, ia mencari jalan lain untuk terus mengalir. Sama seperti ilmu, ia takkan berhenti. Walaupun kita tiada keinginan untuk menuntutnya, ia tetap mencari insan yang sudi tanpa menghiraukan kita yang berhenti mencari ilmu.

Kita wajib merendah diri, tapi kita haram menghina diri dan kejadian alam mengajar kita erti kehidupan. Islam tak perlukan kita, tapi kita memerlukan Islam.

Jangan sesekali menjadikan diri binasa kepada orang lain. Jika tidak boleh memberi manfaat kepada orang lain, berilah manfaat kepada diri sendiri.


air yang tak pernah berhenti,subhanallah...
tetiba teringat novel curahan cinta niagara...ada kt rumah,nak ulang baca pun,hurm....



maid of the mist...dalam novel tu, penulis cakap[cakap ke?] salah satu scene novel tu,hero kedua mengeluarkan kotak rokok masa dalam kapal ni, then heroin tunjuk sign "no smoking"...tapi si hero kedua tuh gelak, dia kata psyhco t0l,memang la xleh merokok,tempias air terjun tuh,xsempat nk nyalakan api pun...dan hero pertamanya hanya memandang...[nk cite pe sebenarnye ni?]
teringat novel tuh,tidakkkkkk.......


subhanallah,cantik sangattttt!!!!!!!!!!



Sunday, August 8, 2010

^^...rasuah cinta...^^

kenapa semua orang bercakap tentang cinta?aduhai....xsalah la nk bercinta,tapi......?xtau nk ckp....speechless bila tgk kwn2 kt fb sibuk nk bercinta....memang la dengan cinta,kita hidup....tapi cinta sapa?cinta Allah yang buat kita still hidup kt muka bumi ni,kerana cinta Allah,kita dapat nikmat2 yang dia bagi...tapi,budak darjah 6 pun dh pndai couple?ya Allah,Kau jauhkan adik2 ku dari percintaan macam ni....






sedih....dan yang sedihnya,kena jadi tuan penasihat lak tuh,aduhai....tapi bila nasihat,x take pun....
1)"jelesla tgk kawan2 bergayut tgh2 mlm dgn makwe..."
2)"xleh hidup la kalo xbercinta..."
3)"nk kena cari pakwe baru nih,pakwe lama dh hilang..."
4)"sunyi bila xde pakwe..."


1)kan elok,kalo tengah2 mlm tuh,bergayut dengan Allah,kredit pun xhabis....
2)selama ni,mati la ea???
3)senangnya tukar cinta
4)bila sunyi tu,buat2 baca quran
macam nk kata ja,tapi terlalu direct....tapi bila guna kiasan,xfaham lak....ye la,balaghah,memang susah nk faham....tapi kalo direct,aduhai,hati terluka lak nnti....


dan perlukah dari johor ke melaka utk sambut besday pakwe?seharian dlm kereta,berjalan berdua2...ya Allah,berilah hidayah kepada anjangku.....bahagia je hidup dia di matrik xde pakwe,dan sekarang terlebih bahagia....





jangan dilurut padi muda,
rosak padi luka tangan,
jangan diturut hati yang muda,
rosak binasa berpanjangan.



dan tajuk ni,rasuah cinta....hurm,ustaz tu kata,rasuah cinta ni,dapat hadiah dari pakwe/makwe...dan beri cinta di zaman yang xselayaknya bercinta lagi juga dipanggil rasuah cinta....berfikir sejenak....

Saturday, August 7, 2010

^^...my man?no komen...^^

Ketika Allah Memilihmu Untukku..

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..


-----@***@-----


( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )

Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)



[terbaca di fb,nk share je...tapi sesuaikah?mcm xsesuai lagi....notes ni,lebih kepada bakal2 pengantin...tapi ayat dia,besttttt...hurm,simpan je dlm ni....nnti share kt fb,hahaha...]

^^...AKI 2: anda kecerminan islam...^^

semalam mimpi adik2 AKI SEPINTAR,subhanallah.....hurm,rindu sgt kot kt diorg?then,teringat yg xhabis lagi ukir kenangan di SEPINTAR dlm ni....


6.30: perjalanan balik....peserta putera mendahului sebab habis 'game' awal......berjalan2 dengan adik2 sambil menyembang2...nakal budak2 ni actually....macam2 komen di sepanjang jalan....sampai jer kat masjid,menuju ke tempat makan,tapi makanan xsampai lagi...muka2 kehampaan jelas terpancar......."adik2,pegi mandi dlu,nnti kalo dh smpai makanannyerr,akak inform..."..."alaaaaaaa akak,nak makan dulu,nnti bilik air jammed"....kesian budak2 nih,dugaan tamrin la adik2....


peserta putera minta izin ustaz utk beli pau....tengok penghulu mengutip duit utk pergi beli pau...bila masa nak mandi dan siap utk solat ni?lapar sangat ke ni?hurm...."adik penghulu,sini akak tolong belikan,adik gi mandi..."hahaha,sekali pesan,18 biji,tapi ok jer,ingatkan semua peserta putera minta pesan....bila sampai je kt gerai pau tu,pak cik tu ckp tinggal 18 biji je nak,tapi....alhamdulillah!!! tapi?tapi yang ada pau ayam dan kelapa jer?hah.....hurm,ok kot...w'pun adik2 ni pesan kaya dan ayam....dan,time ni jugak la banyak pembeli yang nak membeli pau pak cik ni...malu den!!! eden yang menghabiskan pau2 pak cik ni,hahaha.....dan,urusetia putera pun datang jugak nak beli,kesiannyaaaa....soryla adik2,akak dah balun semua....


7.30: adik2 solat maghrib dan ceramah dari tuan haji tolhah a.k.a nazir masjid a.k.a guru SEPINTAR...actually nak dengar ceramah ustaz ni,coz fathiah cakap ustaz ni best...



Ustaz Tuan Haji Tolhah bin Haji Ramli


tapi disebabkan tak makan lagi,fasi2 puteri dan urusetia nak makan...tapi k.sarah,xlalu makan,hehehe....dia gelabah nak bagi "wacana minda" malam ni....cakap pun dah x banyak,melawak pun,dia senyap jer,hehehe...memang bt0l2 gelabah...tapi k.sarah boleh,dia sangat banyak pengalaman dan pengetahuan....fathiah dan rozie sgt lapar,tapi terpaksa tunggu urusetia...diorg mandi....sementara tunggu tu,nyembang2 kt tempat makan...agak best suasana malam di luar,kt masjid sama kot,rasa tenang....


9.15: adik2 dh sudah solat isyak...Wacana Minda akan berlangsung....ahli panel terdiri daripada fasi2....


time fathiah,rozie dan urusetia makan,naek bagi starfruit kt k.sarah....k.sarah sedang menelaah apa yg perlu dicakap....then,syafiq msg mintak wakil fasi puteri turun....k.sarah suruh wakilkan dia....bila turun,syafiq bgtau yang Wacana Minda akan dibuat di tempat muslimat,minta bersihkan tempat...adik2 puteri berkeliaran,sooooo ada la kakitangan yang boleh diminta tolong,hahaha....peserta putera angkat kerusi untuk ahli panel duduk nanti....karpet ni,nak kena sapu dulu ni,monolog sorang2 actually,tapi adik putera terdengar,dia yang carikan penyapu...penyapu lidi lagi tuh....baik bt0l....



ahli panel Wacana Minda:Cabaran Remaja







ustaz pun dengar sesi Wacana Minda dari fasi.....

adik2 banyak yang lentok....kesian,tersengguk2....ada yang main,nak bagi hilang mengat0k kot....ada yang menyembang.....adik2,dengar la akak2 dan abg2 cakap tu,masa ni la nk dengar pengalaman diorg...nnti kita tido ea,dah nk habis pun,tahan sikit....then,ada adik sorang ni,luka kaki...kuku tercabut sket....terpaksa la mintak first aid kt fasi putera....plaster ada,tapi minyak gamat xde...hurm,letak jer la plaster jer...

10.00: sesi Wacana Minda diakhiri dengan soalan daripada adik2....

first soalan,tentang cinta....soalan kedua,cinta lagi?soalan ketiga?cinta jugak?dan ayat shamel yang membuatkan tiada soalan lagi...."dah cukup ke cinta kita pada Allah?cinta kita pada Rasul?dah cukup cinta kita pada ibubapa?"....bukan adik2 jer yg terkedu,terpesona,terpegun dengan jawapan tuh,diriku turut terkesima,hahaha....bt0l33x sgt jwpn tu....bl0m sampai masanya....

11.00: dah selesai Wacana Minda;Cabaran Remaja.....adik2 minum malam....

fathiah dan rozie solat isya...sementara tunggu diorang,Shamel nak tunjuk silap mata....k.sarah terpegun,coz mata dia memang silap tengok,hehehe....Shamel bangga seketika,tapi terkantoi olehku,hahahaha.....Normen datang join kejap jer....bila dah selesai solat,Shamel bawa keluar makan,dan sekali lagi menjadi tour guide di rawang....Shamel dan Bai ckp nk makan mamak,k.sarah terpakse terima walaupun dia xsuka makan di kedai mamak....

bawa diorang makan kt kedai mamak Ali Maju...dah agak lewat sebenarnya....menu sampai,pilih2 nak makan apa...then shamel terbaca tentang kambing chop:RM3.50....wahhhh,murah sgt33 ni...k.sarah teringin,so beli satu untuk puteri,dan satu utk diorang..timbul persoalan,apa beza kambing chop dan lamb chop?kedai ni nak buat kelainan kot,tapi murah sangat....dialog sesama sendiri.....

masa mamak tu kira makanan,dia tanya ni apa?kami jawab ni kambing chop...dia kata bukan kambing chop ni,tapi lamb chop....tapi kami pesan kambing chop...dia kata xde kambing chop kt sini,kami kata ada la dalam menu tu....mula la sesi bertengkar seketika....mamak tu xpuas hati,dia tulis jugak harga lamb chop RM12.30x2....angin la semua....dan hanya mampu geleng kepala....

masa bayar,bai bertengkar sekali lagi kt kaunter...kitorang hanya mampu melihat....last2,dapat jugak diskaun,bayar RM10 jer....ok la....tapi macam geram jugak,dah xde kenapa ada dlm menu...hurm,saja nk kontroversi tengah2 malam....

AHAD 18/7/2010

4.30: qiamullail....gerak adik2....dan bagi masa 10 minit utk siapkan diri turun bawah....

budak2 tahfiz dah mula qiamullail,tapi peserta putera xnmpk pun...mcm mna nih?adik2 dh tunggu,yang tersengguk dalam telekung pun dh ramai...xtau budak tahfiz solat apa....hurm,nk buat mcm mana ni?fasi putera,tak dpt dihubungi....soooo,solution?xkan nk wt jemaah sendiri,mana boleh,dh ada jemaah tahfiz tu....solat sendiri2?ni la satu2nya solution yang ada...

5.30: adik2 dah selesai solat sunat,bagi diorang masa utk mandi dan persiapan diri sebelum solat subuh...dan ada ceramah selepas solat subuh....penceramah masjid....involve orang luar....adik2 sekali lagi tersengguk....

selepas selesai ceramah,minta adik2 tunggu,sesi luahan hati soal jawab...."adik2 tido kul brape semlm?ngantuk sgt akak tengok?"...12.30...12.30?semalam ktorg lepas awal kan?menyembang ker dlm bilik?....xla,kak!!!ktorg gi berus gigi,basuh2 muka,tu yg terlambat....dan macam2 bualan lagi...
then,dh xde apa lagi sesi kecuali sesi penutup nanti....ada yang nk bergambar sekitar masjid,ada yang nak rehat...sarapan bl0m sedia....

9.30: fasi2 berkumpul utk sesi penilaian...
[dah xtau nk coret apa,tetiba sedih bila ingat time perpisahan tu....]



barisan fasi2 puteri....[kak sarah,fathiah dan rozie]


muka2 bakal pejuang Islam



fathiah buat2 nyembang,padahal malu adik putera take pic....x aci!!!

masa ni la,sebelum sesi penilaian tamat,datang serombongan pengantin nak akad nikah kt sini....kecoh suasana...adik2 yang mengant0k,tr0s terbukak luas matanya....haissshhh,excited sungguh kalo bab2 kahwin ni....sabar ye adik2!!!perjalanan masih jauh....xleh tahan,ada adik sorang ni tanya,"akak bile lagi?"....hahaha...sengal,ada lak soalan tuh yang ditanya...adik,akak masih belajar lagi,perjalanan hidup akak pun,akak xtau lagi ni....doakan je la ye....xde jodoh di dunia,ada jodoh di alam sana...

sesi akad nikah,xboleh nak berjalan lancar jugak,coz adik2 bising....sebelum tuh,sunyi jer,ada yg tido...ni semua kecoh....dan sesi penilaian terpaksa ditangguhkan utk bagi laluan kepada sesi akad nikah....sesi akad nkah ni,bukan dalam program,sesi ni,sesi program orang lain....

k.sarah lapar,coz xmakan lagi....so,decide utk makan di kedai depan masjid....lagipun,sarapan yang disediakan dah habis....fathiah n rozie juz pesan,coz diorang wakil utk jaga program....masa kt kedai mamak tuh,mamak2 ni macam blurrr jer apa yg orang pesan,lain yang dipesan,lain yang dihantarnya....then,fathiah hntr mesej,sesi penutup dh nk mula....

11.00: sesi penutupan oleh guru-guru SEPINTAR...



Pak Mie[en.Azmi]....banyak membantu sepanjang program....guide mcm mana nk buat majlis dalam masjid....banyak bagi tunjuk ajar dan arahan....TERIMA KASIH,PAK MIE!!!



nyanyi lagu tema,adakah kau lupa by normen...oppss,by alarm me....
adik2 semangat nyanyi lagu ni,diorang dh tau rasanya coz xperlu ajar masa mula2 tu....semangat jer,laju jer diorang nyanyi,muzik tertinggal di belakang....




barisan guru-guru SEPINTAR dan fasi2

12.00: detik-detik perpisahan...



adik2 putera ada yang nangis?hihihihi....



jeles jeles jeles.....fasi puteri xde gmbar dgn peserta puteri,sob33x.....



kemas baik2.....



AKADEMI KESYUMULAN ISLAM



masjid terlakarnyaaaa sejarah?masjid berlangsungnya Akademi Kesyumulan Islam....masjid bandar country homes a.k.a masjid cahaya iman

dah tamat 3 hari 2 malam tamrin adik2 tingkatan dua ni....insyaAllah,ada jodoh,panjang umur,kita jumpa lagi....