Thursday, August 19, 2010

^^...nescafe 3 in 1???...^^

Tadabbur yang tak kesampaian

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Firman Allah s.w.t:

"pada hari itu,sahabat-sahabat karib saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa..." [surah az-zukhruf: ayat 67]

Akal itu menteri yang menasihati,
Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat,
Persahabatan kerana Allah satu ikatan yang berkekalan...
InsyaAllah...

Menurut riwayat Ibnu 'asakr dari Abu Hurairah:
Andaikan ada dua sahabat yang saling mencintai dan berkasih sayang, salah seorang di antaranya itu berada di timur dan seorang lagi di barat, pasti keduanya akan ditemukan di hari akhirat oleh Allah serta Dia akan berfirman "inilah dia yang dahulu engkau cintai keranaku...
[Rujukan dari tafsir Ibn Katsier] 

Dari tafsir al-azhar:
Mengapa kawan rapat dipandang musuh pada hari akhirat?Bukankah kawan-kawan rapat itu juga yang banyak menentukan corak manusia? Sebuah hadis Nabi menyebutkan "addiinu mu'amalatun" yang bererti agama itu pergaulan. Salah satu pembentuk watak manusia ialah pergaulan. Dihujung ayat "kecuali orang-orang yang bertaqwa" iaitu mereka yang sentiasa membentuk dan memelihara hubungan yang baik dengan Tuhan. Mereka semestinya mencari kawan-kawan yang tinggi imannya untuk dijadikan teladan dan orang yang kurang darinya untuk dipimpinnya.

Huraian:
Jika cinta keduanya tidak berlandaskan ketaqwaan kepada Allah maka keduanya akan saling bermusuhan kelak di akhirat. Apalagi jika cinta keduanya justeru menyebabkan terjadinya perbuatan maksiat baik kecil mahupun besar. Tentu kelak mereka berdua akan bertengkar di akhirat. Seseorang yang sangat mencintai kekasihnya sering melakukan apa saja demi kekasihnya. Tak peduli pada apa pun. Kadang-kadang juga tak peduli pada pertimbangan dosa atau tak dosa. Jika yang dilakukann adalah dosa tentu akan menyebabkan keduanya akan bermusuhan kelak di akhirat. Sebab mereka akan berseteru di hadapan pengadilan Allah.

Dr.Fadzillah Kamsah: Cemburu

katanya, cemburu tanda iman, tetapi cemburu yang keterlaluan dirasuk syaitan. Sifat cemburu, setiap orang memiliki, tapi terletak pada diri untuk mengawalnya.

Punca-punca cemburu:
-terlalu sayang
-tak yakin pada diri
-pengalaman pahit yang lalu
-rasa terabai
-merasa tak sepadan dengan pasangan

Cara-cara mengatasi cemburu:
-belajar dari pengalaman silam
-hadapi kenyataan
-hormati diri sendiri
-dapatkan pandangan orang ketiga
-tetapkan sesetengah peraturan lebih awal
-betulkan paradigma (cemburu tanda iman tapi jangan berlebihan)
-berdoa supaya dikurangkan cemburu
-bentukkan kehebatan diri
-pamerkan kasih sayang yang berterusan
-bincang dengan pasangan tentang kecemburuan kita
-tingkatkan penampilan diri
-bersangka baik

[cemburu??? hehehe....semua orang ada k0t sifat nih,wallahu'alam...tapi cemburu yang macam mana?jangan la letakkan cemburu tu pada tempat yang salah...contohnya cemburukan artis pujaan, cemburukan jejaka yang diminati...subhanallah....banyak jer huraian Dr.Fadzillah ni, especially untuk yang dah bersuami/beristeri...kurangkan sifat ni,kalau keterlaluan,diri sendiri yang parah...orang lain steady jer.....]


bananas feel envy too?hehehe....bananas have feeling too if like dat....



mine?ni lah yang kena terima kenyataan..kalo dh "mine" tuh femes, terima je la,sape suruh sukakan orang femes.....kan dh banyak jer saingannnya....



ni cemburu yang keterlaluan,sampaikan fry pan diguna...nak ketok kepala laki ke ape tuh....ya Allah,sabar sabar....heeee.......

Rindu dulu "not equal" rindu sekarang

Aziz bin Lebai Salleh, buah hati dulu,sekarang dan selamanya....rindu...rindu sangat-sangat...dulu kalau rindu, boleh la jumpa dia...tapi kalau sekarang?subhanallah,hanya mampu membaca al-fatihah...tapi ummul kitab ni lah yang dia perlukan...dulu rindu dia, bolehla makan-makan mee kuah dengan dia...tapi sekarang,dah xleh buat semua tuh....

dulu,menangkul ikan sesama tepi sungai...dia menangkul,then diri ni la yang akan kutip  ikan-ikan yang dah jadi mangsa....bestnya zaman tu....dulu,tengok cerita pingu bersama....dulu,berebut nak tengok siaran tv...dia tak xsuka tengok senario,tapi yang sorang lagi nak tengok jugak...tapi sebagai orang yang disayangi,xtengok jugak senario kalau dengan dia....dulu,berebutkan kerusi malas....hehehe...xde keje,saje gurau2 manje berebut kerusi tuh,padahal bukan nak duduk sangat pun....nak bergaduh je lebih....

tapi sekarang?semua tu dah xde....sekarang, sungai tuh dah sepi,dah sunyi tanpa kehadiran dua insan ni....kadang-kadang jenguk jugak sungai tu,tapi jenguk je la,nak menangkul ikan sendiri?xreti den....huhuhu.....sekarang dah xboleh tengok cerita pingu,dah xnak tengok senario....sekarang,dah tak suka langsung pada mee kuning,ntah nape...padahal dulu boleh jer mkn w'pun sikit,adakah ini faktornya???dan sekarang,kerusi malas tuh dah sepi tanpa ada insan2 yang menggunakannya....tapi kadang2 nak lepaskan rindu,duduk jugak...merasai kehadirannya......


pasangan ideal dan romantik hingga akhirnya, hajah rahmah haji mahmud dan aziz bin lebai salleh...

rindu tok wan....tok wan dah tinggalkan along....al-fatihah ilal Aziz bin Lebai Salleh....



3 comments:

Unknown said...

hurm...kalo ye pun mood xelok,tapi hormatilah tamu....sedih ble tamu diabaikan...skali sekala jer tamu tuh dtg...aduhai....kadang2 wanita sendiri xfhm hati wanita......

Unknown said...

Jadilah resmi padi,semakin berisi semakin tunduk ke bumi
Semakin berilmu merendah diri,itu sifat yang terpuji
Jangan seperti lalang yang tinggi,mendongak ke langit tapi tidak berisi

Unknown said...

sedih bila tengok rumate pakai baju seakan2 palapes....hurm....suka sgt pemakaian palapes coz kemas...tentera laut,lagi2 la cantik...hurm....Allah nk uji lagi kekuatan ku....kuatkan diriku....