Thursday, September 23, 2010

...doa penawar hati...

Doa kebaikan untuk ibu bapa.

“Ya Allah,ampunkan dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihani mereka seperti mereka mengasihaniku semasa aku kecil.”

Doa memohon supaya dijauhkan syirik dan akhlak buruk.

“Ya Allah, ya Tuhan kami, kami berlindung kepadaMu daripada syak, ragu-ragu dan syirik kepadaMu. Kami berlindung kepadaMu daripada sifat kufur dan iman yang pura-pura. Kami juga memohon perlindunganMu daripada akhlak-akhlak yang jahat, pandangan yang buruk dan kesudahan yang buruk pada harta kami, keluarga kami dan anak-anak kami.”

Doa memohon rasa tertarik pada al-Quran serta mengubati dukacita dan penyakit hati.

“Ya Allah, Tuhan yang mencipta langit dan bumi, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran, kemuliaan dan kekuatan yang tidak tertanding. Aku memohon kepadaMu wahai Tuhan yang maha pengasih, dengan kebesaranMu dan cahaya daripadaMu, engkau tetapkanlah hatiku dengan mengingati kitabMu sebagaimana engkau ajarkan kepadaku sehingga aku dapat membacanya dan mengikut cara yang Kau reda padaku.”

Doa memohon supaya bertambah ilmu dan kefahaman.

“Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkan urusanku. Ya Allah keluarkanlah kami daripada kegelapan dan keraguan. Muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakan makrifat ilmu bagi kami, berikan cahaya pada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan. Mudahkan bagi kami memasuki pintu-pintu kurniaMu, wahai yang maha penyayang.”

Doa memohon kebaikan dalam semua urusan.

“Ya Allah kurniakan kami rahmat daripadaMu dan berikan kemudahan serta petunjuk kepada kami demi keselamatan agama kami.”

Doa memohon supaya dimudahkan segala urusan.

“Ya Allah, tiada yang mudah melainkan Engkau jadikan ia mudah dan tiada kedukaan melainkan Engkau hilangkan ia.”

Amalan pembuka rezeki.

Membaca surah al-waqiah.

Doa memohon supaya dicukupkan rezeki.

“Ya Allah, cukupkan aku dengan rezeki yang halal dan kayakan aku dengan limpah kurniaMu daripada aku meminta kepada selain daripadaMu.”

Doa mengelak daripada perkara yang memudaratkan.

“Dengan nama Allah, tiada sesuatu pun yang boleh member mudarat kepadaku di bumi dan juga di langit dengan berkat namaMu, dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui.”

Doa memohon supaya dijauhkan daripada bala bencana.

“Ya Allah, wahai Tuhan kami, kami berlindung kepadaMu daripada segala bala bencana, daripada kecelakaan yang berpanjangan dan kesudahan yang buruk. Kami memohon perlindunganMu daripada menghidap sebarang penyakit dan harapan yang menghampakan.”

Doa menjauhi bala.

“wahai Tuhan yang menjauhkan bala, wahai Allah yang menjauhkan bala, wahai Pengasih jauhkan segala bala daripada kami di dunia dan akhirat. Jauhkan bencana yang datang daripada musuh-musuh di kalangan manusia dan jin, dan daripada syaitan dan iblis dan apa-apa yang turun dari langit dan yang keluar dari bumi. Dengan rahmat Engkau, wahai maha pemurah lagi maha penyayang.”

Amalan melembutkan hati:

         i.            Baca surah al-Fatihah
       ii.            Baca surah al-Hasyr, ayat 21-24
      iii.            Doa melembutkan hati
     iv.            Solat sunat hajat

Doa melembutkan hati.

“Ya Allah, lembutkan hatiku sebagaimana Kau lembutkan besi untuk Nabi Daud.”




[doa daripada buku "di bawah payung Aishah: Tip-tip poligami"...]
dah nak kena hantar buku ni ke library, due date dah nak dekat,huhuhu...rumate cakap,"amboi,nak berpoligami ke"...hehehe....xla,baca untuk tambah ilmu...tapi kalau tu ketentuanNya di kemudian hari,kemudian hari la buat keputusan....not this time...kuikuikui........tapi baca buku ni,we must think +ve...syariat yang diturunkan Allah,ada perkara yang kita tak nampak,tapi Allah nampak...there have a reason why...



Monday, September 20, 2010

...penyuci hati...

Istighfar

Album : Kompilasi Terbaik - Sandaran Cinta
Munsyid : Saff-One
http://liriknasyid.com











Astaghfirullah Robbal Baroyaa

Astaghfirullah Minal Khothooya (2x)

Robbiy Zidniy 'ilman Naafi'aa
Wawaffiqlii 'amalan Maqbuulan
Wawahablii Rizqon Waasi'aa
Watub 'alayya Taubatan Nashuuha
Watub 'alayya Taubatan Nashuuha

Astaghfirullah Robbal Baroyaa
Astaghfirullah Minal Khothooya (2x)

Wahai Tuhan daku bermohon
keampunan dan kemaafan
tambahkan padaku ilmu yang berguna
terimalah amalanku 
dan perkenankan taubat hambaMu

Robbiy Zidniy 'ilman Naafi'aa
Wawaffiqlii 'amalan Maqbuulan
Wawahablii Rizqon Waasi'aa
Watub 'alayya Taubatan Nashuuha
Watub 'alayya Taubatan Nashuuha

Astaghfirullah Robbal Baroyaa
Astaghfirullah Minal Khothooya (2x)




meruntun jiwa dengar istighfar ni...terimalah taubatku,ya Allah


ibarat kain putih...


istighfar ni,mengingatkan pada adik2 sepintar...masa diorang alunkan,syahdu jiwa...sangat menusuk...mungkin ramai2 yang alun,dengan suara merdu perempuan,mungkin...

Sunday, September 19, 2010

...pusing2,kepala dah pening...

semalam dan hari ni....dah dua kali ni xboleh masuk rumah....semalam sampai jer dari kedah ke KT,dari KT ke rumah sewa(dalam hati dah xsedap),xboleh masuk...pagi2 hari pulak tu...kawasan gelap,mungkin masih awal,ye la,baru pukul 6 am...called semua budak2 rumah ni,tanya bila balik,tapi jawapan mengecewakan...called tuan rumah,tapi beliau ada di kuantan...huwaaaaa....dengar rumah sebelah mandi,tapi takkan nak ganggu pagi2 ni?solat subuh pun belum ni...tapi ternampak s0mething mengendap dari rumah sebelah,abaikan...kalo makcik yah,bolehla tegur...last2 decide solat subuh di masjid berdekatan,keadaan jalan gelap,risau jugak...tapi sampai di masjid,dah sunyi...dah xde sesape...hurm,ok jerrr....


alhamdulillah,masa di masjid,dapat tau ada sorang yg dah balik,dh sampai KT...lega sangat33......then dalam pukul 8.30 am,on the way balik ke rumah dari masjid,bunyi la tikus2 mondok...tak suka kawasan ni,banyak rumah sewa yang di sewa untuk orang bujang...buat derk je la...dah pakai tudung labuh pun,still kena kacau???hurm,no komen...


dan petang ni,habis discussion di library pukul 5,terus balik rumah,,,tapi sekali lagi disappointed bila pintu rumah xboleh bukak jugak...sabar33...Allah nak uji...nak kena tukar kunci ni,tapi kekangan masa pulak...called budak2 yang dah sampai semalam,tapi dia cakap di Giant Mall,baru sampai...hah???baru sampai???subhanallah...dan time ni jugak la anak m.cik sebelah rumah balik...dia pandang2...pandang la,orang tengah ada masalah ni...then,tetiba m.cik yah keluar bila anak dia masuk,oooowh terima kasih...tapi makcik ni,kunci master xde jugak,xboleh nak buat apa laaa jugak...


tetiba makcik yah mnjerit "along!!!along!!!"....eh?macam mana dia tau nama along ni?bukan la,dia panggil anak dia...haaa sudah...tapi bila anak dia tolong bukak kan pun,tak boleh jugak...dia nak rempuh masuk jer caranya,tapi m.cik yah xbagi,ye la,ni rumah orang...kalo ikut hati den pun,dari pagi semalam lagi den nak rempuh...hehehe...last2,m.cik yah give up,dia suruh anak dia berhenti...dan dengan bermanis mulutnya "jemputlah ke rumah,nak tumpang solat ke,toilet ke..."....haaaa,ye la...kepala angguk2 geleng2....hahaha...tidakkkkkk,tak sanggup den nak pegi rumah anak teruna orang walaupun mak nyerrr ada...


dan sekali lagi solat di masjid....alhamdulillah,kalo x kerana musibah ni,solat terawih je la yang buat kt masjid...tapi on the way ke masjid yang xbest...kena ganggu...macam nak ajak "moh le sekali ke masjid..."...kalau berani....tapi memang xberani pun...


di library tadi,cari2 buku rujukan,terjumpa buku [di bawah payung aishah: tip-tip poligami]....ter'attract' lah...lain yang nak dicari,lain yang jumpanya....mana buku chemistry kamooo zanariah???hehehe....dalam buku ni,part yang paling best ialah doa untuk wanita belum berkahwin...dan buku ni beri kesedaran jugak...


dah pening ni,coursemate cakap angin naik ke otak???ye ke???nape lak???sebab semalam tak makan kan???hahahaha...mne tau ni???


dah la dulu,nanti nak copy paste doa2 tu dalam ni...buku tu buku pinjam je,nanti nak kena pulangkan jugak,huhuhu...so back up file la blog ku ni ye...terima kasih,blogku terchenta...sayang kamooo....


gambar xde ke entry kali ni??nak letak pic apa ye???


pening pening...rehat dulu,pejam mata jap,then nanti bangun mandi dan baru buat kerja...
aja aja,zanariah!!!


kenapa baby dalam apa2 situation pun,still comeyyy.....???dah,xpayah fikir,lagi pening nanti...

Thursday, September 16, 2010

...tak faham dan tak memahami...


"sungguh bahagianya percintaan yang dibina. Namun jangan alpa, DIAlah selayaknya dicintai menjulang tinggi. PesuruNYAlah juga wajar lebih dicintai, berbanding pasangan kalian. Bercintalah kalian di bawah lembayung kasih dan rahmatNYA."



kalau diorang berdua betul2 take note apa yang dipaparkan,insyaAllah hati akan tenang...
tapi ya Allah,kenapa xfaham2...dah tak tau nak suruh diorang buat apa lagi...sudah2 la frust...sudah2la mengharap...jangan rosakkan diri...


dah berbuih mulut bagi nasihat,tapi tak lut langsung...kawan2 matrik lelaki yang lain,semua couple...nak suruh diorang nasihat budak berdua ni,lain pulak jadinya...tapi kalau dah sampai mudarat diri?ya Allah,baru ujian sebesar ni,dah xboleh pikul...macam mana nak menjadi ketua rumah tangga nanti...yang sorang tu,tak pe lagi,dengar jugak...yang lagi sorang ni???dah tak tau nak nasihat macam mana....


bukanlah faham sangat pun hati lelaki...dan tak sangka ada lelaki yang terlalu macam ni...selalu baca novel je...sekarang dah jumpa lelaki yang sangat2 sayangkan bekas makwe nya...





i know,i knew...ur heart was broken...tapi ___, tapi ___???dah xtau nak kata apa...



Aishah Ashiyya September 17 at 12:00am
wan,wan kene lepas die...zana tau perit,tapi dia dh ade jalan hidup die...die dah memilih jalan yg lain,bukan jalan yg menuju ke wan...sayang xbermakna memiliki...doakan die bahagia,wan...
Ridhwan Rahman September 17 at 12:42am
hmm mmg mudah ckp. sgt mudah.
Aishah Ashiyya September 17 at 1:12am
ye wan,ckp memang mudah...nak buatnyerrr terlalu susah...
dan maaf,zana masih xdapat memahami wan....
Aishah Ashiyya September 17 at 1:14am
ye wan...cakap memang mudah,dan terlalu pahit,terlalu susah untuk telan semua tu...
maaf,kalo zana masih xmemahami kehendak wan...zana dah xtau nak ckp cmne...dah xtau nk tolong cmne...
Ridhwan Rahman September 17 at 2:33am
tkper larr.. wan pon tk tau arr.. stakat nie wan nak tau knaper die wat cam gini./..
byk kali die ckp die syg.
kate tkder org laen larr..
tpi skang nie dah laen lak citer.
wan nak die jelaskan jek . die tingglkn wan pon tnpe ckp paper..
Aishah Ashiyya September 17 at 9:33am
"ya Allah,tuhan yang membolak-balikkan hatiku,tetapkanlah hatiku pada jalanMu..."
pernah dengar doa ni???Allah selalu membolak-balikkan hati kita,di pagi hari kita gembira,petang bl0m tentu mood kita akan gembira,mungkin sedih,mungkin kecewa...macam tu jugak perasaan sayang...Allah berhak nak bolak-balik hati kita....hari ni sayang,esok lusa mungkin benci...
Ridhwan Rahman September 17 at 10:34am
mintk die call wan zana...
Aishah Ashiyya September 17 at 11:09am
nak wat ape,wan???
Ridhwan Rahman September 17 at 12:49pm
ckp. kluarkn sumer... aper2 yg bleh wan tenang jap.
aritu dah ok dah,, nnth larr balik2 nie tengok sekeliling dok teringt kan die jek.. i want dis to end. simpan2 bwat saket. padehal mender nie dah lamer dah. tp still not over it.


kita punya la panjang berjela ckp,tapi die balas "mintak die call wan,zana..."...ya Allah kawanku ni,dah xtau nk buat macam mana...dan dah xtau nk balas apa...

Tuesday, September 14, 2010

oh bantalku suamiku???

boyfriend's arm pillow???bila baca buku tu,baru tau rupa2nya ada bantal yang macam ni,hehehe....


color purple xde ke?hakhakhak...

bukan setakat boyfriend's arm pillow,utk lelaki yg nak "girlfriend's arm pillow" pun ada...pakai skirt lagi tuh...



dan ada pilihan color lagi tu,nak color apa?hijau,pink dan biru...hehehe....rasa macam lawak lak....tapi bantal ni terhad di jepun je....patutla cek tau tak....dan siap ada kehangatan,ada rasa warm...rasa selesa....ye ea?wallahu'alam....buku tu yang kata....kalau ada di Malaysia,mesti ramai yang beli....

"ya Allah,aku tak ingin sendiri"...betullah,bila banyak membaca,lagi banyak yang kita xtau...walaupun sebenarnya dapat s0mething new dari pembacaan tu...nak lebih tau dan tau...dan bila baca buku pasal nikah kahwin,terasa la macam nak kahwin....bila baca buku tentang kematian,alhamdulillah menimbulkan keinsafan...dulu after spm,selalu baca buku tentang kematian...sampaikan kena perli,"amboi dah ready nak mati ke???"...bila dapat soalan macam tu,senyum je la....nak jawab balik,rasa hormat...dan sekarang, asyik beli buku tentang perkahwinan...nasib baik buku2 tu,tajuknya tak menampakkan sgt macam untuk berkahwin,kalau tak,kena perli lagi,"amboi,dah ready nak kahwin???"....hurm,benda baik pun ditegur...beli buku 'aku terima nikahnya",ada ja yang tegur...

tak salahkan nak menambah pengetahuan selain belajar course yang diambil di ipt...hurm...kembali merenung dan berfikir...

tadi masa bayar buku di popular,ada seseorang di belakang beratur untuk membayar jugak...selesai jer bayar,giliran dia...tapi still di tepi kaunter memasukkan duit baki dalam dompet...dan terdengar cashier tanya dia "ada kad popular?",dia jawab tertinggal...bila tengok buku atas kaunter,banyaknya...dan kaki mendahului akal bergerak keluar popular tanpa membantu menghulurkan kad yang ada...bila dah keluar,menyesal sangat33........sob33......kenapa tak tolong tadi?menyesal sampai sekarang...

Sunday, September 12, 2010

^^...lebaran 1431H...^^

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN


tapi kan,kenapa ada je orang cakap,zahir cukup...batin antara suami isteri je...betulkah?ntahlah,xtau...dan nak tau...tapi kalau difikirkan,batin jugak perlu sebab mungkin kita buat dosa terhadap seseorang di dalam hati contohnya mengata dalam hati "ish dia............"...bukan ke tuh dah dikira batin,so kena jugak la sebut minta maaf zahir dan batin....hehe...hurm,mungkin.....pendapat sendiri tanpa rujukan mana2...susah susah,main fikir akal sendiri yang dikuasai nafsu kekadang....haishhhh....zanariah zanariah...cubala rujuk pada yang pakar...

hari raya kali ni,dapat belajar s0mething...apakah???hehehe,xde pape pun actually yang menarik,cuma dah berjaya balut ketupat,yeyyyyyy!!!!!!!! mak lang belum berjaya balut ketupat,awa dan mak cik pun...kikikiki....belajar lagi ye tahun depan....pesanan penaja ni....hahaha.....

misi untuk tahun ni,berjaya jugak,yeyyyyyyyy!!!!!
apakah?xmau berjalan raya di rumah yang tak dikenali....bukan xmau jalan raya rumah saudara, tapi saudara yang dikenali cukup la....maluuuu la jalan raya di rumah yang orang tak kenal,huhuhu....dah besar panjang ni,nak duduk rumah layan kanak-kanak datang beraya,cukup lah....hehehe....dan umi abah kata,ok....yeyyyyy!!!!!! so tahun ni,duduk rumah layan tetamu...umi abah jer jalan raya mencari jejak kasih yang dah setahun tak jumpa....anak dara,duduk rumah!!! arahan mandatori...terima kasih,terima kasih...

adik-adik ku yang nakal dua orang tuh,malam raya berperang dengan rumah sebelah...aduh,nak luruh jantung...yang rumah sebelah,balas dengan mercun bola,memang gugur la jantung-jantung yang ada...nenek dah melatah anak rimau dah....kesian nenek...nasib baik nenek pernah hidup di zaman jepun,kalau tak hari raya,beraya di hospital....yang best tuh,nenek cakap nak baling diorang yang main mercun dengan  telur ayam busuk...hehehe....nenek-nenek...tapi kasih nenek kepada cicit-cicitnya,tak baling pun....kata je lebih....yang kasih cicit-cicit pun,tetap main mercun walaupun nenek dah bersilat melatah....



alang bahiyyah yg comey,cm anak dara dh...padahal baru 3 tahun...

adik adam pakai baju melayu sangat comeyyyy.....dan dia jadi sangat baik di hari raya....gerammmmmm je...tapi pak usu kata,mukanya jambu...memang la mukanya jambu,dia kecik lagi,tak lasak lagi...hehehe....pak usu, pak usu...jeles adik adam comeyyy la tuh....


tema raya,biru turqouise...tapi tetiba lak boleh jadi kaler pink....hurm....ish33.......mak usu,kita sedondon di raya kedua ye,hehehe....


cucu-cucu hajah rahmah....
adik adam buat apa tuh???
alang bahiyah yg comey....
pak lang yg dah berjaya jadi doctor,tahniah...
adik putra yg makin hensem kah?????hehehe.....
mak cik dan awa yg poyooooo.....


lighting terlebih lak pic ni,hehehe....al-ilmu nurr...cahaya ilmu...

balik dari himpunan aidilfitri mahasiwa/i kedah,terus pergi melabur di popular book store....ish33....tapi,bukan untuk diri sendiri.....dah ada dalam simpanan sesetengahnya...tapi melabur kali ni untuk sahabat2...hari tuh diorang berangkat ke mesir,tak bagi apa pun.....kekangan masa jugak actually...

kat popular tadi,macam tak nak keluar je....dah lama tak menatap buku-buku....di terengganu,tak dapat macam ni,susah sangat nak jumpa popular dan mph....bukan susah,memang xde pun,huhuhu....
"berbunga cinta aisyah di hati rasulullah",nak capai buku tu,tapi dah empat buah di tangan...dan target sebelum balik terengganu ni ialah buku "ya Allah,aku tak ingin sendiri"....hari ni,hari ahad,balik hari jumaat...hurm,bila lak ye nak keluar lagi???hari khamis perjumpaan dengan kawan-kawan ma'ahad....boleh la sambil menyelam minum air,hehehe....moga buku tuh xhabis lagi...ameen ya rabb......

Wednesday, September 1, 2010

^^...tanpamu aku rindu...^^




First kad raya yang dapat, sangat menyentuh hati...banyak makna tersurat dan tersirat...

“Assalamualaikum w.b.t
                Adikku sayang, K.zu ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Maafkan kakakmu ini jika culas melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang kakak untuk memimpinmu ke arah kemuliaan Islam dengan sebaiknya. Akak doakan moga adik sabar dan istiqomah menghadapi apa jua ujian. Jagalah iman di mana sahaja kamu berada, bersabarlah terhadap apa yang menimpamu dan gabungkan dirimu dengan orang-orang yang memperjuangkan agama. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin, berakhlaklah dengan peribadi yang baik terhadap dirimu, dik. Akak harap semoga ukhuwah kita akan kekal selamanya atas dasar keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sampaikan salam takzim akak pada ibu bapa yang banyak berjasa padamu, dik. Tanpa mereka tentulah kita tidak dapat berjumpa dalam suasana yang begini.”





Kata-kata dan ucapan yang sangat indah...pesanan yang sangat sangat sangat....???tak tau nak cakap...tapi terharu...selalunya dapat kad raya yang berbunyi, bunyi kah? “baju raya berapa pasang?puasa penuh tak?kuih raya dah buat?tahun ni raya kt mana?” dan macam-macam lagi....tapi kad kali ni,hurm,penuh keimanan....terima kasih,k.zu...k.zu banyak bantu zana...masa dalam Palapes pun, k.zu yang banyak bagi nasihat supaya jaga iman, jaga pergaulan...alhamdulillah...