Monday, June 11, 2012

Versus

Bismilillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Versus yang berlaku dalam diri, versus yang terjadi di sekeliling.
Dan novel Versus karya Hlovate, dalam semua karyanya, yang ni la yang paling suka. Sebab? Sebabnya macam kena kat diri.

"apa yang kita suka tak semestinya baik untuk kita."


Sunday, June 10, 2012

Mereka di sekililingku Part II

Duration time: 2009-2012

Mereka yang telah banyak berjasa kepadaku. Banyak menabur budi, banyak menolong. Tidak terbalas jasa kalian. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Mereka di Kuliah SMS Sains Kimia (singkatan sms bukan untuk short message service tau).


Kak Ina berasal dari Bahau, Negeri Sembilan. Seorang yang ‘ada aku kisah?’. Mempunyai minat yang sama iaitu membaca dan membeli novel. Ni la kaki novel yang sebenarnya, semua novel dia suka beli. Seorang yang sangat murah hati dan tidak kedekut.

Mereka Di Sekelilingku Part I

Duration time: Sem 4 hingga Sem 6 (2010-2012)

Mereka yang telah banyak berjasa kepadaku. Banyak menabur budi, banyak menolong. Tidak terbalas jasa kalian. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Mereka di Kampung Gong Badak.
 
Nur Aliaa Nabilah Bt Mohd Sanip



Seorang yang comel, putih, berasal dari Muar, Johor. Impiannya selepas kahwin adalah nak duduk di dalam hutan. Menarik kan?Hehehe… Dan ayat dia selalu ucap ‘hanya perempuan cantik boleh pakai baju cantik. Hanya perempuan cantik boleh bergambar. Hanya perempuan cantik bla bla bla…’ Dahsyat kan?

Tuesday, June 5, 2012

S.U.C.I


Semalam (4/6/12), selepas habis exam EOP (English 4 occupational purposes) pukul 5 petang, sangat terasa nak release tension. Dan bila solat asar, menjadi tragedi airmata bersama rumate, tapi tak tau dia kenapa, dan terasa sedih sebab dikejutkan dengan kemarahan iman. Syukur ya Allah Kau kurniakan rasa malu dan rasa tak suka dengan perbuatan tersebut.

Allah berfirman, 'dan janganlah kamu menghampiri zina', jangan hampiri, bukan jangan lakukan. Sebab? Ada sebabnya, Allah ciptakan hambaNya, Dia tahu nafsu, kehendak, perasaan hambaNya. Jadi, ikutlah. Memang sangat sakit petang semalam dan sedih sama, sebab tu kawan.

Saya Bijak Jauhi Zina. Anda Bijak Jauhi Zina??? Jom sama-sama bijak jauhi zina...