Sunday, June 10, 2012

Mereka di sekililingku Part II

Duration time: 2009-2012

Mereka yang telah banyak berjasa kepadaku. Banyak menabur budi, banyak menolong. Tidak terbalas jasa kalian. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Mereka di Kuliah SMS Sains Kimia (singkatan sms bukan untuk short message service tau).


Kak Ina berasal dari Bahau, Negeri Sembilan. Seorang yang ‘ada aku kisah?’. Mempunyai minat yang sama iaitu membaca dan membeli novel. Ni la kaki novel yang sebenarnya, semua novel dia suka beli. Seorang yang sangat murah hati dan tidak kedekut.
Sem akhir ni, selalu juga dia datang rumah untuk buat assignment sama-sama dan sem akhir ni, banyak juga kami menempah novel di Kaki Novel. Novel yang beli online dengan Kak Ina ialah Isteri Separuh Masa dan Suami Aku Ustaz. Kak Ina menambah lagi koleksi novelnya dengan membeli Love You, Mr Arrogant yang sampai lambat. Suka bercerita yang kalau menyembang dengannya sampai masuk Asar. Anak bongsu daripada 3 beradik.



Kak Dila berasal dari Dungun, Terengganu tapi rumah neneknya dekat Seberang Takir je. Dah beberapa kali pergi rumah nenek Kak Dila, makan kenduri, buat ayam barbeque tahun 1 dan tuning mak ciknya. Kak Dila seorang yang cantik, ayu, lemah lembut dan sensitive. Kak Dila suka bercerita juga. Baik hati, suka menolong, murah hati, tidak kedekut. Satu lagi tentang Kak Dila, peminat tegar Ramlee Awang Mursyid. Novel cinta layan juga tapi RAMians tegar ni. Anak kedua tetapi anak sulung perempuan.



Kak Ain di rumah berpewatakan lain, tak banyak cakap, tapi kalau di kuliah, banyak juga cakapnya. Rapat dengan Kak Dila. Ada je rahsia diorang berdua.




Mai berasal dari Johor. Seorang yang komited, sibuk dengan projeknya. Pernah menghabiskan masa cuti sem bersamanya di Times Square dan Mid Valley. Tidak kedekut, sentiasa ceria walau ada masalah.



Aja berasal dari Tobiar, Kedah. Dah sem akhir baru tau rupa-rupanya rumah kami di Kedah tu dekat ja. Ish33x..suka berchatting dengannya di dalam kuliah. Suka bercerita dengannya sebab seorang pendengar yang baik, pemberi nasihat yang baik juga bila dilanda jiwa kacau, hehehe. Penolong di dalam diam, tanpa sedar dan tanpa diketahui. Thanks Aja. Suka makan, I like. Suka baca novel, tapi ikut mood dan tapi dia tak suka beli novel. Seorang yang sangat ceria, sepanjang kenal rasa-rasanya belum lagi dengar dia bermasalah. Kalau masalah assignment tu memang la kan. Seorang yang kelakar. Sayang kamooo…




Berasal dari Sabah. Seorang yang terlebih pandai, suka bercakap, suka makan dan dia dah langgar larangan mak dia di sini iaitu tak boleh makan makanan laut. Dan Vanzy ada supplier cerita atau movie terbaru. Prinsip dia, hati pada yang satu, tapi mata boleh nak pandang perempuan lain. Hahahaha. Jahat kan prinsip dia. Hehehe. Suka berjalan walau jarak jauh. Tak suka bawa motor tapi suka belajar adat Melayu dan yang penting, besday kami dekat. Hehehe.



Lelaki melayu dalam group ni. Berasal dari Selangor. 

"saat yang bahagia...datang sekejap saja..." ye ea?tak tau nak kata..tu lirik lagu,tapi kadang-kadang betul...

No comments: