Tuesday, June 5, 2012

S.U.C.I


Semalam (4/6/12), selepas habis exam EOP (English 4 occupational purposes) pukul 5 petang, sangat terasa nak release tension. Dan bila solat asar, menjadi tragedi airmata bersama rumate, tapi tak tau dia kenapa, dan terasa sedih sebab dikejutkan dengan kemarahan iman. Syukur ya Allah Kau kurniakan rasa malu dan rasa tak suka dengan perbuatan tersebut.

Allah berfirman, 'dan janganlah kamu menghampiri zina', jangan hampiri, bukan jangan lakukan. Sebab? Ada sebabnya, Allah ciptakan hambaNya, Dia tahu nafsu, kehendak, perasaan hambaNya. Jadi, ikutlah. Memang sangat sakit petang semalam dan sedih sama, sebab tu kawan.

Saya Bijak Jauhi Zina. Anda Bijak Jauhi Zina??? Jom sama-sama bijak jauhi zina...


Gambar atas & bawah: tiada istilah 'teman tapi mesra' or 'best friend forever' kalau dan bukan mahram, tetap haram untuk bermesra, bertepuk tampar, berkongsi makanan...


 Bila sepetang sehingga Maghrib bersedih dengan kejadian tu, Allah kirimkan sesuatu menyejukkan. Alhamdulillah. Allah nak nampakkan yang mana permata dan yang mana kaca. Tak sampai 24 jam berlalu adegan pergaulan bebas depan mata, Allah tunjukkan pula macam mana yang disyariatkanNya. Subhanallah!!! Subhanallah!!! Subhanallah!!!

Allahhhh...Ada hikmah atas semua berlaku, Dia nak tunjukkan yang mana baik yang mana tidak. Sejukkk yang dikirimNya bagaikan air jatuh di atas batu. Tenang. Damai.

PERGAULAN BEBAS vs BAITUL MUSLIM

Sebelum lafaz sakinah, mereka sangat tidak mengenali satu sama lain, mereka sangat menjaga batasan, hatta nak menyebut nama pun, mereka sangat berhati, takut timbul rasa hati. Hatta nak mengambil tahu perihal diri masing-masing pun, mereka takut timbul rindu dalam hati. Mereka sepenuhnya bergantung pada Allah dengan bakal pasangan masing-masing dan dalam masa yang sama, hanya mengetahui khabar melalui orang tengah, atau hanya mengetahui latar belakang melalui ta'aruf yang diaturkan. Mereka menjadi terlalu asing.

Mereka sangat menjaga. Kerana mereka takutkan Allah dan bimbangkan syaitan yang tidak henti menyesatkan, menyeronokkan benda yang tak boleh.

Allah, indahnya sebegitu. Masing-masing menjaga batasan, masing-masing menjaga diri. Tika itu, dunia mereka hanya Allah, keluarga dan sahabat. Tiada 'teman tapi mesra', tiada 'best friend forever' lainan jantina, tiada tepuk tampar, tiada adegan kongsi-kongsi aiskirm, tiada gelak ketawa bersama. Sebab? sebab Allah dah kata, 'jauhi zina'.

Dan indahnya setelah akad, yang menghalalkan apa yang haram sebelumnya. Allah tahu fitrah hambaNya, jadi ikutlah syariatNya.
Dan setelah lafaz sakinah yang mulia, mereka menjadi satu, mereka berlainan jasad, tapi satu hati. Tidak menjadi asing lagi. Segala perasaan, segala apa yang berlaku, segala perancangan hidup, dikongsi bersama, dilalui bersama. Nak bertepuk bertampar? Silakan, kerana dah halal. Nak merajuk dipujuk? Silakan kerana Allah dan mengizinkan. Nak suap menyuap aiskrim? Silakan kerana itu semua sunnah. Walau zaman Nabi belum wujud aiskrim, tapi Nabi Muhammad saw ada peristiwa tersendiri dengan Aisyah Humaira'.

Indah kan? Suci kan? Tu la syariat Allah.

'Hidang ketupat untuk tetamu...
Ukhti, ana gembira untuk kamu...'

'Pergi zoo tengok beruang...
Suka berjalan tiada jemu...
Asyik gembira untuk orang...
Bila pula untuk kamu...'

Dah halal, buatlah apa pun, tak kisah dah.

Doakan~~~ ;)

No comments: