Sunday, October 31, 2010

...exam...exam...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Bercuti?haishhh,bila time exam,macam ni la...mood nak merehatkan diri...aduhai,tapi time merehatkan diri,xdak la plak mood nak meng"exam" dan me"study" kan diri...hehehe...bila baca novel Adam dan Hawa (sempat lagi walaupun nak exam) ada cite sal Bukit Tinggi Colmar Tropicale...xpernah dengar tempat ni,tapi bila tanya pak Google,wahhhh cantiknyaaaa...aduhai,lagi la melonjak-lonjak nak bercuti...tidakkkkkkk......





xtau kt mana sebenarnya tempat ni,tapi pakcik Google yg baik...nak pi,nak pi...tapi bila???hehehe...



bestnyaaa jalan2 kt sini...


hurm...bilik yang selesa...tapi novel Adam Hawa cakap(cakap lagi???),biliknya simple,xmcm 5 bintang sangat pun...tapi ok je ni...mungkin masa vovelis tulis,zaman lama...hehehe...



ala2 perkampungan Inggeris...novel pun ckp cmtu...


hurm...ni honeymoon suite mungkin...hehehe...


kalo makan kt kedai,kena siap duit la kot...hehehe...kt cameron hari tu,save budget sebab apartmen nya ada dapur...memang save laaa...

chat dengan shi tadi,dan dia bagikan kata2 ni...alhamdulillah...berkawan dengan orang yang memperjuangkan agama,kita turut ingin mengikuti...macam sahabat2 APIS...

"Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...."

Thursday, October 21, 2010

...kontrol besi= iron control...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...



Hari ni,ada clas coordination dari pukul 11 sampai pukul 2...bukan belajar pun,tapi presentation assignment...dan kenala present...xjadi hal sangat yang tu...tapi bila dah terlalu lama,timbul la kebosanan...yang lain semua study carbonyl,tapi nak baca carbonyl time macam tu,tak masuk sangat...better baca di rumah...dan mulala keluarkan buku Borhan Siddiq yang bertajuk “ya Allah,aku jatuh cinta” kesinambungan “ya Allah,aku tak ingin sendiri”...sedang syok membaca,kawan realise...then dia mintak nak tengok...ok jer...


ni buku2nya...tapi old version...xpun ni cover di Indonesia...yang beli,covernya cantik...heehehe...


buku yang jadi kontroversi...ke kontrobasi,ke kontrol besi...hehehe...

Bila dia tengok,tak pa la lagi...then kawan sebelah dia nak tengok jugak...ok,bagi laaa....then sebelah lagi nak tengok...dan sebelah lagi,dan belakang nak tengok jugak...main passing2 buku tu,sampai la kepada orang yang depan lecturer(dr.duduk di barisan belakang) pun nak tengok tanpa memikirkan musibah yang bakal terjadi...

Lama la jugak sesi passing ni2,ye la,bukan sekadar tengok kulit,ada yang membelek isi di dalam...bila masuk waktu zohor,dismiss dari clas...moga after solat dapat la semula buku tu...

Bila masuk semula dalam dewan kuliah,dah tak nampak buku tu pada siapa sebenarnya...ambil tempat dan duduk...pusing kepala ke belakang nak mintak buku tu semula,diorang buat muka sedih...laaa,kenapa plak dah???buku ada kt dr. kata salah sorangnya...hahhh???ya Allah,burn la bukuku...tidakkkkkkk...pandang depan,tengok screen,airmata menitis....aduhai airmataku,kenapa la murah sangat...

Huhuhu,bukan la sengaja nak nangis,tapi sayang buku tu...dah la tak habis baca lagi...semua buku yang dibeli oleh diri sendiri,duit sendiri,hadiah sendiri sangat sayang...diorang pujuk,”xpe xpe,nnti kita mintak kt dr. ye”...angguk2 geleng2 je la yang mampu...yang mata ni pun,terlalu pemurah nak derma air garam...aduhai...

Dah habis clas,dr. ke depan untuk briefing keseluruhan presentation dan tentang final exam...buku tu,di tangan dr. ...ya Allah,sayunyaaa...dr. siap letak pen dia lagi di buku...macam dah buku beliau la pulak...habis ja ayat dr. “ok?dah xde pape kan?saya keluar dulu,gud luck in study” terus dapatkan dr. ...kawan2 yang lain turut serta...”dr.tu buku saya,saya nak semula?”kataku...”dr.tolong la bagi semula,bukan salah dia,ktorang juz tengok2 jer”kata yang lain menyokong...

Dr. kata “ada saya kisah?biasala,orang putus cinta memang baca buku2 gini”...ya Allah,terhiris hatiku...tu buku motivasi la dr....nak ja menjerit,huhuhu...dan yang tak tahan dr. kata pada non-muslim “u nak buku ni?ada duit seringgit lagi di dalamnya...”

Subhanallah, masa tu memang lari keluar ke tempat parking motor...mai,kak dila,kak ain,kak ina dan fadzli panggil pun dah tak toleh...sangat2 sedih time ni...dan tak mau orang tengok nangis,tapi semua dah nampak...duit seringgit tu,memang la ada dalam buku tu,sebagai penanda...setiap bukuku ada duit seringgit...saving tu,hehehe...time sesak boleh selak buku cari duit,hahaha...

Dan bila sampai di tempat parking,kak ain sampai sambil cakap,hajar dah dapatkan buku tu...nak senyum,tapi airmata meleleh jugak...hajar datang bawak buku tu...maluuuuu sangat,menyusahkan semua orang...huhuhu...dan minta maaf,sebab terlebih emosi,tapi tak tau la nak kata,bila melibatkan buku,sedihnyaaa...

Balik tu,terus tidur...hanset lak,tak off silent...bila sedar,banyaknya miskol dan mesej...kol dan msg dari kawan2 yang terasa bersalah...ya Allah,apa aku dah buat ni???menyusahkan semua orang,huhuhu...bukan niatku...semua mintak maaf,dan ada jugak yang menangis...ya Allah,bersalah sangat2 dengan mereka hari ni...maafkanku...dan bila memaafkan dan meminta maaf, ukhuwah terjalin...yang tak rapat sebelum ni,jadi mesra la pulak walaupun hanya msg...

Ada hikmahnya setiap kejadian...tapi,maafkan ku,kawan2...


ameen ya Rabb!!!


Monday, October 18, 2010

...lakaran persahabatan???insyaAllah...

"Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta.Berilmu bukan beerti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan.Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan.Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa.Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi..."


"cukuplah hanya ALLAH sebagai Pelindung dan Penolong bagiku" 



"Alfaqirah wal haqirah illallah...Seorang insan biasa yang tak miliki apa2 di muka bumi ini.Insan yg sering dikotori oleh dosa2 dan berusaha utk menyucikan diri dibawah rahmah dan petunjuk illahi.Insan yg sering alpa dan dipenuhi cacat dan cela.."saya hanya insan biasa,faqir lagi haqir di dunia ini,andai dihitung2 dosa2 hambaNYA aku khuatiri akulah manusia yg terlalu kurang pahala amalnya tetapi berat dgn lumpuran dosa2.."...kpd pembaca blog yg dikasihi jgn kalian beranggapan daku memilik keperibadian agung seperti dlm gambaran entry2ku,itu hanyalah sekadar perkongsianku sebagai bimbingan dan panduan kita bersama..diri ini hanyalah insan hina yg tidak melayakkan diriku utk ke syurga..."

semua kata2 ni daripada blog akak fatimah a.k.a haura maqsuroh...seriously sangat tersentuh bila baca ni...teresak-esak...ya Allah,terima kasih kerana temukan aku dengan insan yang buatkan aku mengingatiMu...terasa sangat2 yang diri ni tak layak kadang2 berdamping dengannya...tapi perlu,sebab dia mendekatkan diriku dengan diriMu...

dan akak fatimah,idola untuk berniqob...sangat jeles tengok insan yang istiqomah berniqob...insyaAllah satu hari nanti,bila ada kekuatan dan yang penting bila ada hidayah Allah...moga ada hidayahNya...tapi take time sikit kot...walaupun dari form 1 until form 5 pakai tudung labuh,tapi tak istiqomah...betul2 istiqomah bertudung labuh pada raya haji tahun lepas,1430H...tapi kalau hidayah Allah cepat sampai,kenapa perlu menolak kan...
opps,2.30 dah...esok smbung....hehehe...





Between Haura Maqsuroh and You
Aishah Ashiyya October 18 at 5:19pm
akak...sihat???dengarnya akak xberapa sihat...


tujuan ana mesej ni,nak temuramah,hehehe...nak buat sesi interview sket...bleh ke???
Haura Maqsuroh October 19 at 11:07am Report
aslmkm..kurang chat ckit.tp ni dh ok la jg..biasala sakit dlmn kejap baik kjap sakit..hehehe tak da apa pun sakit waktu tertentu ja..hehehe jgn risau2 .xyahla interview2 ni akak bukannya artis=)
Aishah Ashiyya October 19 at 8:47pm
akak sakit dalaman???serious ke,akak???ana xriso,tapi risau tu yg hadir,hehehe...


akak,ana bukan nk interview mcm melodi ke terjah ke,hehehe...ana nak interview akak mengenai niqob...berpurdah...


ana teringin berniqob,tapi xtahula nak kata macam mana...perlukan kekuatan yang sangat luar biasa...orang kata,kekuatan ni,xboleh tunggu melainkan kita yang perlu bina...


boleh akak kongsi cerita macam mana akak mula2 berniqob,cabaran dan seterusnya sehingga sekarang...apa yang akak dapat bila berniqob...dapat di sini maksud ana,halawatul iman...


ana failed jadi wartawan ni,tak tau nak cakap,hehehe...harap akak dapat kongsikan kisah hidup akak dengan berniqob...
Haura Maqsuroh October 20 at 3:13pm Report
hehehe adik2 akak ni macam2la..insyaallah nanti akak kongsi ya? ramai juga yg tanya perkara ini pada akak..
Aishah Ashiyya October 20 at 6:47pm
ok...adik akak akan tungguuuu...
hehehe...insyaAllah......



subhanallah,xsabar nak tau tentang akak fatimah...dan perjalanan hidupnya...nak ambil ibrah,dan kekuatan untuk capai keredhaan Allah...

Saturday, October 16, 2010

...kebijaksanaan Imam Ghazali...

Bismillah hirrahman nirrahim...


Enam Persoalan
Dari Imam Ghazali:1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 =" Orang tua " 


Murid 2 =" Guru "

Murid 3 =" Teman "

Murid 4 =" Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang
paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati..."



2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1 = " Negeri Cina "

Murid 2 = " Bulan " 


Murid 3 = " Matahari "

Murid 4 =" Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU..."



3. Apa yang paling besar di dunia ini ?


Murid 1 =" Gunung " 


Murid 2 =" Matahari " 


Murid 3 =" Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka." 



4. Apa yang paling berat di dunia ?

Murid 1 =" Baja "

Murid 2 =" Besi "

Murid 3 =" Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH ..."


(Surah Al-Ahzab : 72 )

"Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT
meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."




5. Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 =" Kapas"

Murid 2 =" Angin "

Murid 3 =" Debu "

Murid 4 =" Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat..."




6.Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang
paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan kedua ibubapa dan saudaranya sendiri”.


Thursday, October 7, 2010

...pahit manis bekerja...

Simply Fusion Cafe...



awa depan SF cafe waktu malam...dia menghitung detik nak berhenti...

selepas SPM dan PLKN,hujung bulan 3 kalau tak silap,menjejaki kaki ke Rawang bersama sepupu Noor Amalina...niat di hati ingin merantau dan belajar mencari duit poket sendiri,hehehe....kononnya...bila sampai Rawang,first nya interview di Simply Fusion Cafe,memang katanya ada kerja kosong,lagipun supervisor di situ adik ipar mak usu...first time sampai,owh urban cafe rupa2nya...adik beradik Secret Recipe sebab pengusaha cafe ni adik pengusaha Secret Recipe,katanya la...masa interview(xde apa sangat pun,isi borang,then kena soal sikit2),supervisor tu kata,memerlukan sorang sahaja...alamak,kami berdua ni...macam mana???hurm..."xpe xpe,hari-hari belakang ni pun ada kerja kosong.."kata usu...


lepas tu,interview di hari-hari,size uniform nya xde utk awa...size XXL pun besar size L baju biasa ja...dan kami decide awa bekerja di SF Cafe,along kerja di HH...bila dah setuju,si pekerja HH cakap,esok datang,kena pakai make-up,lipstik kena pakai...hah???terkejut beruk...kalo lip ice???lip balm???xboleh,kena lipstik jugak...tidakkkkkkk...pemerah pipi kena jugak sebab nanti orang atas akan selalu spot check...huhuhu,usu,along xmau qheja ni,xmau...bukan memilih,tapi xmau jugak,huhuhu...dan masa tu,dapat mesej dari supervisor SF cafe yang mengatakan yang layak bekerja ialah SITI ZANARIAH...yeyyyyyy...opssss,habis awa macam mana???then usu pun merancang strategi,along keja dulu,nanti along serap awa....owh,ok ok...


dan bermula la kehidupanku sebagai pekerja cafe...awa di rumah usu,melayan movie2 korea...menyambut bila  alongnya,pak usunya,mak usunya balik dari kerja...


Simply Fusion Cafe,ada dua bahagian...kitchen and service...bahagian dapur,lelaki sahaja,dan lelaki yang terlibat 5 orang warga asing,2 orang warga tempatan,1 penasihat iaitu boss SF sendiri...bahagian service supervisor(kak mie),agus(assistant supervisor kononnya),shazmir dan soufee...3 lelaki 2 perempuan include me...


hari pertama,ada kak mie,agus dan amir...soufee off...ok la,kak mie banyak bimbing,agus banyak mengacau,amir banyak mendiamkan diri,tapi banyak memerhati...awal-awal ni kena belajar cara kutleri,belajar baca menu,belajar mengetahui apa bahan dalam menu,nanti customer tanya tak tau nak jawab plak...dan hari first ni,bila tanya tempat solat di mana?jawabnya tiada tempat solat disediakan,kata kak mie...hah?habis tu selama ni?tapi tak tanya pun...bila bos sampai,minta pada bos ruang solat,kecik pun xpe...di stor pun xpe...dan bos tu cakap "waaa,u muslim betul maaa...dia olang ta lak mintak pun"...tak tau nak jawab apa,kak mie kata gini,bos kata gitu...dan dapat permision...tapi hari first kena solat di masjid dulu...


hari kedua,kak mie off...dah mula cuak,3 lelaki sorang perempuan???confirm kena buli...dan memang betul...agus membuli,soufee mengajar,amir menolong...abg.zainol,ketua kitchen tolong arrange stor untukku bersolat...dan yang menggerunkan ruangan solat di stor perlu melalui kitchen yang ada warga asing tu...diorang pandang semacam ja...dalam hati,Allah pemelihara terbaik...tawakal je...tapi sebenarnya,warga asing ni baik ja...bila dah kenal...cuma tak faham bahasa yang digunakan...


nak cerita hari demi hari,tahun depan tak habis,hehehe...cuma di sini dapat melihat kehidupan di akhir zaman,kehidupan sebenar dunia masa kini...masa di ma'ahad,dikelilingi dengan tarbiah,dakwah,sahabat yang berjuang dalam agama...tapi di sini,sesiapa yang pergi solat jumaat sahaja dah dikira cukup baik...bukan membuka aib orang,tapi mengenang kehidupan sekarang,jejaka di sini,kelab malam tempat biasa...amir la yang di kira baik sebab tak pernah kunjung tempat tu,hanya hisap rokok..dan pergi solat jumaat...


dan selepas tragedi "tersebut"bukan la tragedi apa pun,tragedi hampir tertengok video prono soufee dengan seorang wanita,perlu berhati-hati dengan dia...dia baik,tapi kehidupan sosialnya...agus,katanya masih teruna,tapi kehidupan malamnya yang tak boleh berenggang dengan disko(dia cakap kat kak mie,xde maknanya nak soal dia)...amir,entahla,terlalu pendiam...tetapi dia xde fon,pada tahun 2008 seorang remaja berumur 18 tahun xde fon suatu yang amat pelik...tapi pelik ni benar...hehehe....


di sini la,digelar ustazah,hanya kerana menunaikan solat lima waktu(tanggungjawab semua sebenarnya)...dan di sini la dugaan kena kacau dengan warga asing sampaikan terpaksa tukar num fon...di sini la kena mengurat dengan bos SF cafe cawangan PJ...tapi yang untung,selalu kena belanja makan lamb chop...huahahahaha....tidak tidak,bukan duit yang dilihat...dan di sini,sepatutnya membetulkan apa yang pincang,tapi diri tak mampu...diri sendiri masih mencari-cari jalan  kebenaran,masih mencari kekuatan iman dalam diri...maaf kalian...hanya mampun mencegah dengan hati...


tiga bulan as a service crew SF cafe...banyak ajar dunia sebenar...banyak belajar buat air jugak...buat banana boat,ice blended,cappucino,espresso,bubble tea,dan apa ntah lagi yang ber"layer" tu...kalo failed layer tu,kena buat semula dan kalo time bos ada,kena bayar ganti rugi yang failed tu...dan part paling best,kek...hehehe...keknya sedap2 sebab supplier yang sama dengan SR...dan selalu jugak makan kek free,pekerja sini rajin beli belanja makan...dan bila awa masuk bekerja,dia suka belanja makan lamb chop,walaupun dia tak suka lamb chop,hehehe....dia sayangkan akaknya...saya sayang kamoo jugak...


bercerita melalui gambar la pulak...



bulan kedua di SF,amir dan soufee ditukarkan ke PJ...dan masuk la kak baiti,liza dan awa...
dari kiri:kak mie,awa,liza dan kak baiti


bulan ketiga,masuk lelaki ni...nama apa ntah,pruven???xingat...awa mesti ingat...sebab dia "suka" sangat...hehehe...


depan SF waktu customer xde...awa,along baru sedar,x elok la buat tanda tu....


gadis2 dan wanita2 Simply Fusion service's crew...


boss tolong ambilkan pic ni....sporting2...


kiri: service's crew...
kanan: kitchen's crew...


4 dara(masa ni la)...sekarang kak mie dah ada sorang anak...tahniah...


kitchen's crew....abg.zainol mencapap di hadapan...


time table pekerja...


suasana SF...hepy je kak mie...


khemah yg perlu dibukak di awal pagi...dan ditutup ketika maghrib...


bila Khairi duduk di bahagian service's crew,agus tenggelam...


muka-muka poyo...suasana barista...


hari-hari terakhir...


awa,along tak suka awa buat sign tu....huhuhu....


model uniform....


potret Simply Fusion crew setelah pemergian Amir dan Soufee ke PJ...dilukis oleh Liza...


awa dan agus kesayangannya...


poyoooooooo............mentang2 orang off time ni,huhuhu......


team work yang berjaya...sebab???

sebab selepas semua berhenti,SF hampir bankrup...dan sekarang SF bakal dijual....sebab tiadanya pekerja2 yang berwibawa....hahaha...

dan pic2 ni boleh la di delete...laptop memerlukan ruangan yang lebih untuk perkara yang lebih mustahak,hehehe....blog ku,tolong simpankan ye pic2 ni....

Monday, October 4, 2010

...demam, demam, demam...





aduhai...musim demam semuanya sekarang ni...demam yang berjangkit...ubat demam ni pun,doc xboleh bagi...demam Maher Zain...


Maher Zain dah selamat sampai di Malaysia,mabruk...wa ahlan wa sahlan ila melezi...


hurm,adik call tadi,"along cepat bukak tv9,ada berita Maher Zain"
kawan pulak,"you tak minat Maher Zain ke?i tengok ramai yang duk sebut Maher Zain..."
ada yang kata,"zana bukan fan fanatik dia ea???x excited pun ktorg tengok"


macam-macam soalan di musim demam ni...bukan tak minat,tapi kalau dah semua asyik bercerita dan bercakap tentang dia,siapa nak cakap tentang hal lain???ya,dia membawa dakwah melalui lagu-lagunya...tapi bila dikelilingi dengan peminatnya,cukuplah sekadar memerhati dan meminati dalam diam...kalau boleh nak ja menjerit,"saya pun minat jugakkkkkk!!!!!!!!!"...tapi biarlah...hanya Allah yang tahu....biarlah rahsia...rahsia di hati tak siapa yang tahu...hehehe....gabungan novel-novel punya moto+misi ni....


dan lab minggu lepas,seorang non-muslim bertanya,"you kenal Maher Zain???i suka lagu dia yang tajuk nama Tuhan you tu"....kenal,tapi lagu apa???dan dia menulis di atas kertas,"insyaAllah"....owh,tapi memang setiap insan yang mendengar lagu tu,pasti tertarik...abah pun attract dengan Maher Zain melalui lagu tu...then baru la nak kenal lebih mendalam Maher Zain....tahniah Maher Zain,dakwah anda telah sampai kepada non-muslim,cuma belum mendapat hidayah...


dan yang sedihnya ada seorang muslim yang terdengar perbualan kami bertanya,"sape Maher Zain???"huwaaaaaaaa.......ada jugak yang tak kenal...hurm...


dan ameenmuslim pun dah keluarkan cerpennya yang bertajuk Mengejar Maher Zain.....subhanallah,akhirnya ada jugak cerpen dari beliau setelah lama menunggu keluarannya...mabruk...ntahla,penulisannya tak pernah mengecewakan...macam aisya sofea,macam bikash nur idris...semoga penulisannya berjaya disampaikan...alhamdulillah,tengok dapat sambutan...


alang exam esok,salah seorang peminat Maher Zain jugak ni....dia kata Maher Zain macam baby...hahaha....alang alang...moga diberi ketenangan menjawab exam esok...jangan duk ingat Maher Zain ja masa jawab exam tu...









kepada kak fisah,tahniah kerana dah selamat bertunang...moga dalam keredhaanNya...dan bertunanglah mengikut syariat Islam...ikatan pertunangan bukanlah lesen untuk keluar berdua-duaan...ingatan untuk along jugak nanti....nanti???kalau ada jodoh di dunia...