Sunday, June 10, 2012

Mereka Di Sekelilingku Part I

Duration time: Sem 4 hingga Sem 6 (2010-2012)

Mereka yang telah banyak berjasa kepadaku. Banyak menabur budi, banyak menolong. Tidak terbalas jasa kalian. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Mereka di Kampung Gong Badak.
 
Nur Aliaa Nabilah Bt Mohd Sanip



Seorang yang comel, putih, berasal dari Muar, Johor. Impiannya selepas kahwin adalah nak duduk di dalam hutan. Menarik kan?Hehehe… Dan ayat dia selalu ucap ‘hanya perempuan cantik boleh pakai baju cantik. Hanya perempuan cantik boleh bergambar. Hanya perempuan cantik bla bla bla…’ Dahsyat kan?
Hehehe…habis la yang tak cantik. Aliaa juga suka ‘compose’ lagu, setiap hari mesti akan ada lagu baru yang akan dicipta olehnya. Hehehe. Akan merindui nanti. Dan suka bertengkar dengan dia termasuk la Ummi. Kalau dengan Zanariah, suka bertengkar tatabahasa or grammar bahasa Melayu. Kalau dengan Ummi, suka bertengkar macam-macam.

Siti Farhain Asyikin Mohd Arif



Atau lebih senang dipanggil Kak Ain sebab dia seorang saja yang lebih tua dalam rumah ni dikalangan kami berlima. Berasal dari Melaka. Seorang yang garang dengan ‘adik-adik’nya. Takut kami. Hehehe. Kalau demam, Kak Ain la yang supply ubat atau teman ambilkan ubat. Dan jasa terbesar Kak Ain ialah sudi membonceng ke kuliah bersama-sama. Dan suka juga berleter kalau tak makan ke, tak makan ubat (ketika sakit) ke, tapi kalau turn dia? Kita hanya mampu diam, nanti kena marah. Kak Ain takut pergi klinik sebenarnya, hehehe…dan kalau dalam rumah ni, kadang-kadang tak sedar pun kewujudan dia, sebab dia senyap sorang-sorang dalam bilik sampaikan Ummi tanya Alia

‘Kak Ain senyap je dalam bilik. Ada ke tak tu???’

Alia jawab ‘habis tu nak suruh dia bercakap sorang-sorang macam orang gila dalam bilik tu???’

Sebab, Kak Ain duduk di bilik berseorangan.

Izyan Nadira Abd Malik



Yan atau Yayan. Berasal dari Batu Pahat, Johor. Sekampung (betul ke?), satu sekolah, satu kelas dengan Aliaa ketika di sekolah rendah. Sangat suka menolong, cakap je, ‘yan, tolong hantar jap’ dan cepat je dia jawab ‘ok’. Suka menyanyi, ceria dan periang. Jarang la nak nampak dia moody dalam bilik.
Ada satu pagi tu, sedang sedap dibuai mimpi, tiba-tiba mimpi tu ada background lagu

‘untuk dia…untuk dia…heyyy…untuk dia…’ dan dalam mimpi tu boleh cakap, ‘awat macam kenal suara ni?’. Celik mata, owh suara si Yayan, dia dah bangun dan sedang menyanyi. Hehehe…I will miss it one day.

Ummi Nadia Samat @ Darawi



Ummi, berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Seorang yang baik hati, suka menolong juga dan suka beli majalah agama. ;) love it. Dan selalu solat berjemaah dengannya kalau berkesempatan di dalam bilik, dan selalu juga ke masjid Unisza bersamanya. Seorang yang suka mengajak ke majlis ilmu. Punyai hati yang sensitive. Ada kawan baik di hostel bernama Najwa.

Inilah mereka yang berada di sekelilingku yang tak lama lagi bakal berpisah mengejar impian masing-masing, mengejar cita-cita masing. Suka duka kita ke Mydin Mall, membeli belah. Suka duka kita makan di tepi pantai. Suka duka kita di dalam bilik, kemeriahan bersama. I will miss you all. Sorry for something and thanks for everything.







Gratisan Musik

No comments: