Monday, June 11, 2012

Versus

Bismilillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Versus yang berlaku dalam diri, versus yang terjadi di sekeliling.
Dan novel Versus karya Hlovate, dalam semua karyanya, yang ni la yang paling suka. Sebab? Sebabnya macam kena kat diri.

"apa yang kita suka tak semestinya baik untuk kita."



AO dan Minn (watak utama dalam novel ni) sangat sukakan main skate. Budak tepi jalan yang suka main skate, lepak, bergaul bebas. Dan Minn pada awalnya sangat terror bermain skate, abang Ked antara yang terkenal di kalangan budak-budak skate dan pakwenya Sun juga terkenal. Memang mimpi siang la siapa yang nak dekatinya.

Dan apabila dia berubah kerana wasiat atuknya, dia menjadi seorang yang lain. Dan bila AO bawa dia ke lubuk skate, dia terhiris dan terluka dan tak boleh terima dan segalanya dia rasa yang tak best sebab benda yang dia sayang, dia terpaksa tinggalkan.

Dan dapat rasa macam mana sakitnya Minn bila AO bawa kembali ke kenangan tersebut sebab Zanariah sendiri tak boleh tengok langsung dunia PALAPES Laut. Sebab? Sebab sayang sangat dunia tersebut, tapi terpaksa tinggalkan kerana Allah.

Betul jugak macam AO dan Minn cakap, dunia skate tu tak salah pun, tapi orang di dalamnya yang buatkan dunia tersebut dipandang tak elok, salah di sisiNya. Dunia Palapes juga tak salah, tapi orang di dalamnya yang buatkan dia jadi salah.

Ni tahun last, tahun terakhir, kalau dalam dunia tu, mesti dah nak dapat terima pangkat Pegawai Palapes Tentera Laut.

Zanariah!!! Jangan pernah menyesal dengan apa yang berlaku, haishhhh...


Bersyukur kamu dijumpai dengan sahabat APIS, bersyukur kamu dapat bersama team ABJZ. Bersyukur. Bersyukur dengan setiap yang Allah aturkan.

Oh Minn dan AO, minggu depan kita bertemu lagi di Kedah.
Banyak ayat yang dalam novel tu, memujuk diri supaya tidak ada apa-apa jika tak bersama pun di dunia tersebut. Dan ayat-ayat cinta Allah juga memujuk, surah al-baqarah ayat 216 

"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

See Zanariah? Baliklah kepada Allah. Tanya Allah sebelum buat apa-apa, Allah suka tak? Hatta nak pakai tudung depan cermin pun, tanya balik 

"Allah suka tak tudung aku yang atas dada ni?"
"Allah suka tak kalau pakai warna baju terang-terang ni?"

Alhamdulillah, thank you Allah...





Gratisan Musik

No comments: