Friday, July 13, 2012

Babies Part 1

Bismillah Ar-rahman Ar-rahim...

Setelah tamat belajar dan nak tunggu konvo, terasa untuk tidak berehat terlalu lama di rumah lantas mencari pekerjaan sambilan yang boleh menimba pengalaman baru. Dan paling penting, lokasinya yang memudahkan untuk join program-program ABJZ. Kenapa ABJZ? sebab terpanggil untuk menyahut visi ABJZ iaitu tahun 2020, zero zina. InsyaAllah, ameen.


Dan kerja sambilanku ialah Guru Taska. Dan memang betul, banyak ilmu dan input baru yang dapat dalam penjagaan babies.


Taska tu mengambil budak-budak yang berumur 3 tahun ke bawah. Dan baby paling muda berumur 6 bulan. (beumur ea perkataan yang sesuai???)

Ada 13 orang yang perlu dijaga oleh 4 orang pengasuh dan ada 2 department. (Boleh ke guna word department?hahahaha...) Department dalam adalah babies yang belum boleh berjalan, yang mandinya di dalam sinki. Department luar yang dah besar sikit. Yang sangat nakal, yang sangat banyak kerenahnya.

Dan guru-guru 4 orang ni akan bertukar department setiap hari, berselang-seli. Hari ni jaga dalam, esok jaga luar.

Jaga dalam, tak sesusah mana, baby je kan. Selalunya pukul 8 am parents diorang hantar, masukkan dalam bilik dan bagi tidur. Nak bagi tidur pun ada caranya setiap babies ni. Ada yang kena meniarapkan sambil tepuk, ada yang kena minumkan susu. Dan pukul 10 am, gerak babies ni, untuk dimandikan. Best time mandikan babies, sangat comeLLL. Subhanallah. Ciptaannya.

Dan salah sorang baby ni, namanya Qhaira Nuha Delisya. Sangat cantik. Bukan comey. Guru-guru taska panggil dia si cantik. Tapi Kak Lela (owner taska) cakap, orang tua tak menggalakkan kita panggil macam tu, sebab nanti besar dia jadi seorang yang bangga dan riak. So, kami memanggilnya si temok. Dan baby ni, sangat suka bila pipinya dicium. Gerammmm...


Dan ada seorang lagi yang sangat manja denganku, sebab dia macam kurang kasih sayang umi abinya. Abdullah Umar namanya. Tapi kesian tengok dia, seawal jam 6.45 am dia dah dihantar oleh abinya, dan hampir pukul 7 malam abinya akan menjemput. Dan Kak Lela kata, mak ayah dia memang sibuk, anak-anak kurang diberi perhatian. 

Risau satu hari nanti, anak-anak sendiri terabai jika terlalu sibuk. Tapi Zanariah, jangan ramal apa yang akan datang, yang penting berdoa semoga tidak berlaku macam tu. Tapi sebenarnya, bila jadi Guru Taska ni, buatkan diri tanam azam, nak jaga anak sendiri di rumah la. Jika dengan izin Allah. InsyaAllah. Tapi ada pros and cons nya kan.

Nanti bersambung part 2, penjagaan di department luar. Hehehehe...sedikit hints,

"saat yang paling mendebarkan...
ketika membuka pampers babies or budak ialahhhhh



ada najis"

oh noooooo...

nota kaki: semalam ABJZ Tour di KUIS. Alhamdulillah, selesai semuanya dengan baik...tapi nak jadi supplies, xnak time keeper. I'm not a good time keeper. Huwaaaa...kira masa, kena gelak. Ten...nine...eight...seven...two...hahahaha...apalah Zanariah, kesian team terpinga-pinga.

1 comment:

~~liya bella~~ said...

Babies are so damn cute, So you are.... Siti Zanariah, you more than cuter than those babies.... Gi kawen cepat2.. nnti dpt baby sndiri lg comey... huhuhuhuhu... Salam sayang dri teman mu yg jauh...