Thursday, September 20, 2012

Dia dah kahwin...

Bismillah Ar-rahman Ar-rahim

Ehem ehem...boleh dak nak mengatakan yang sangatlah sedih bila kawan nak kahwin. Dia akad nikah, 7hb Sept 2012 yang lalu. Allahu Allah, seriusly sangatlah sedih masa tu dan dapat tau pun hari Selasa, dan dia nak akad hari Jumaat. Sebab tau lambat? Dia balik Malaysia, num fon kawan-kawan M'sia hilang.

Perasaan masa tu, memang dup dap dup dap je. Teringat kenangan dulu. 

Dan jadi kamikaze jugak la masa tu, hari Selasa tau terus minta cuti untuk hari Jumaat tu. Bertolak balik Kedah hari Khamis malam Jumat, sampai sana pagi Jumaat, dan malam tu pulak bertolak balik KL sebab dah daftar nama untuk hadiri Seminar Sex Education, HIV/AIDS and STI anjuran ABJZ. In 24 hours, Bangi-->Alor Setar--> Sg.Petani--> KL.



Dia bersama pasangannya. Allahu Allah. Memang janjiNya ditepati. Errkkk. Bukan, teringat 'innakala tuqlifu mi'ad'. Lelaki yang baik akan dapat perempuan yang baik. Dan teringat pasangan ni, sahabatku, memang betul. Dia seorang yang sangat hebat dan dapat juga seorang yang hebat. Allahu Allah.

Sahabatku, Nur Shidatul Isma Rosedi. Akhirnya, dia melangkah setapak ke hadapan bersama imamnya. Sedih, tapi tu la kebahagian dan kegembiraan dia juga syurganya.

Sejarah bersahabat dengannya.

Dulu sama-sama sekolah dari tingkatan 1-5. Tapi masa f1 sampai f3 tu, tidaklah sekelas dengannya. Dan masa tu, sedang kagum dengan dia dari jauh, sebab dia orang besar sekolah. Bukan, orang harapan mungkin sebab dia pengawas dan badan dakwah. Kategori pelajar baik la ni. Dan Zanariah hanyalah kategori sederhana. Alhamdulillah tidak termasuk kategori kurang baik. Hehehe.

Dan masa f4 tu la dapat sekelas dengannya sebab dapat masuk kelas sains, dan kebetulan kelas sains yang sama (ada 4 kelas sains). Tapi masa ni, dia ada geng dia, dan Zanariah ada geng sendiri. Hai-hai bye-bye je la masa tu. Nak kata rapat, tak. Just tegur as a classmate.

Dan masa f5, di pertengahan tahun, berlaku s0mething yang menyebabkan geng berpecah dan geng dia pun berpecah. Allahu Allah, masa ni hilang satu kawan dan Allah gantikan dengan yang lebih baik. Subhanallah. Everything happen has a good reason.

Masa ni la bermulanya kami rapat sehingga setiap waktu nak bersama. Errrrk, is not a lesbian. Tapi masa tu, memang macam sanggup buat apa saja untuk dia. Study sama-sama, menyanyi, bermain, pegi sekolah, balik sekolah, segalanya la masa tu. Banyak sebab jugak yang berlaku pada dia dan pada Zanariah. We need each others.

Bila tamat f5, kami berpisah tapi masih berhubung, masih berkongsi rahsia, masih berjumpa bila Zanariah balik Kedah. Dia ambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), dan Zanariah masuk matrik. Laluan yang berbeza. Dan akhirnya, dia masuk Uni.Al-Azhar. Dia TOP 10 STAM terbaik di M'sia. Subhanallah.

Dan akhirnya, di tahun ke3 dia di Azhar, dia menamatkan zaman anak daranya (kalau lelaki, zaman bujangnya la kan???)

Kaedah pernikahannya.

Banyak yang nak taqdim Shi (22 tahun) masa di Azhar, tapi jodohnya dengan Muhammad Hakeem (26 tahun). Suaminya belajar di Uni.Shoubra. Doaku, moga jodoh kalian kekal hinga ke syurga. Jom layan gambar.

Sebelum akad, dengar nasihat dari Tok Kadi. Dah selesai baca khutbah nikah, suami Shi yang baca.

Ni Shi dengan Miena, mak sedara Shi dan dah jadi kawan jugak, nak SPM dulu selalu tidur rumah dia, sebab rumah dia dulu dekat dengan Maktab Mahmud.

Bersama mak ayah kedua-dua pihak. Mak ayah Shi yang sebelah kiri, mak ayah suaminya yang sebelah kanan.

Seriuosly, Shi sangat cantik. Dan masa ni, bertambah-tambah cantik. Tapi cantiknya, hanya untuk suaminya.

Tenang...tapi tangan Shi masa ni berpeluh-peluh. Ya la, hati di dalam, siapa yang tahu? Hanya Allah.

Selepas akad petang tu, di rumah, Shi jenuh disakat. Hehehe. Memang agak lawak la, sebab dia gelabah+kekok. Ya la, Baitul Muslim, mana la nak kenal lagi siapa suami kita kan. Petang tu la baru nak kenal. Panggil pun, Shi duk panggil Ustaz kat suami dia. Then, kena sakat. Lepas tu, dia tak tau pulak nak layan macam mana, kami la (kawan-kawan+keluarga) duk tolong ajar. Tapi sangatlah suweeeet nya. Semuanya bermula dari zero yang halal. Merajuk, bergaduh nak pujuk pun semua dah halal. nak bergayut dalam telefon pun, dapat pahala lagi. Allahu Allah.

Lagu Devotees, Mahar Cinta, ni lagu tema persahabatan kami berdua. Rindu nak kembali masa f5. Ya Allah. Aku sayang dia. Duk nyanyi sama-sama masa f5 dulu, tapi kat depan mata kami berdua sebenarnya ada buku add math la,bio la. Bukan belajar, tapi menyanyi. Siap botol air jadi mikrofon. Rindunya time tu. Sekarang Shi dah jadi isteri orang. :(

No comments: