Wednesday, September 1, 2010

^^...tanpamu aku rindu...^^




First kad raya yang dapat, sangat menyentuh hati...banyak makna tersurat dan tersirat...

“Assalamualaikum w.b.t
                Adikku sayang, K.zu ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Maafkan kakakmu ini jika culas melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang kakak untuk memimpinmu ke arah kemuliaan Islam dengan sebaiknya. Akak doakan moga adik sabar dan istiqomah menghadapi apa jua ujian. Jagalah iman di mana sahaja kamu berada, bersabarlah terhadap apa yang menimpamu dan gabungkan dirimu dengan orang-orang yang memperjuangkan agama. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin, berakhlaklah dengan peribadi yang baik terhadap dirimu, dik. Akak harap semoga ukhuwah kita akan kekal selamanya atas dasar keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sampaikan salam takzim akak pada ibu bapa yang banyak berjasa padamu, dik. Tanpa mereka tentulah kita tidak dapat berjumpa dalam suasana yang begini.”





Kata-kata dan ucapan yang sangat indah...pesanan yang sangat sangat sangat....???tak tau nak cakap...tapi terharu...selalunya dapat kad raya yang berbunyi, bunyi kah? “baju raya berapa pasang?puasa penuh tak?kuih raya dah buat?tahun ni raya kt mana?” dan macam-macam lagi....tapi kad kali ni,hurm,penuh keimanan....terima kasih,k.zu...k.zu banyak bantu zana...masa dalam Palapes pun, k.zu yang banyak bagi nasihat supaya jaga iman, jaga pergaulan...alhamdulillah...

2 comments:

Unknown said...

10 hari terakhir Ramadhan ni,Allah uji dengan sakit....subhanallah...ya Allah,andai sakit ini,penghapus dosa2ku,aku redha....

Unknown said...

"ya ALLAH ... sekiranya kegagalanku membawa fitnah pada islam dan perjuangnnya,maka KAU cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara, tetapi sekiranya kejayaan membuatku jauh dari islam dan perjuangannya, maka KAU berhak menentukan selayaknya untukku.. kerana aku imani tiada apa yang KAU takdirkan sia-sia melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya.. amiin.."