Monday, August 9, 2010

^^...kem aspirasi Islam...^^

Islam dan ideologi

Ideologi: kajian mengenai kefahaman yang diasaskan oleh manusia.
Adakah agama dan ideologi berbeza? Ya, agam ialah kepercayaan yang datang daripada Allah, tapi ideologi fahaman yang diasaskan oleh manusia. Islam bukan fahaman, tapi Islam ialah pegangan.

Contoh ideologi:
1)       -Hedonisme
2)       -Sekularisme
3)       -Nasionalisme
4)       -Liberalisme

Isme ialah kefahaman atau suatu pemikiran untuk kepentingan diri.

1) Hedonisme
Hedonisme ialah hiburan yang melampau melebihi batas syarak yang ditetapkan oleh Islam. Suatu bentuk pemikiran yang mementingkan hiburan melebihi agama. Contoh di dalam kampus: tarian antara lelaki dan perempuan, konsert yang diadakan pada malam pesta konvo(pergaulan lelaki dan perempaun tiada batasan), persembahan teater tanpa mengasingkan tempat duduk lelaki dan perempuan. Contoh dalam masyarakat: kenduri kahwin yang mengadakan karaoke,ghazal parti nyanyian oleh perempuan. Kenapa tidak diadakan marhaban?khatam quran oleh pengantin?

Nak cegah fahaman ni,cegah la dalam diri dulu,yang penting. Setiap orang mempunyai keinginan untuk berhibur,tapi bagaimana hiburan tu,yang perlu dititikberatkan. Islam x melarang untuk berhibur, tapi ada batasnya.

2)Sekularisme
Sekularisme ialah pengasingan agama daripada kehidupan. Bagaimana yang dikatakan pengasingan agama daripada kehidupan? Politik kotor, Islam suci,jadi politik dan Islam diasingkan. Di sinilah timbulnya persengkataan apabila agama tidak diletakkan di tempat pertama. Contoh lain yang lebih dekat ialah pakaian (terutama perempuan), ahli dan AJK surau saja yang pakai tudung menutupi dada, ahli dan AJK surau saja yang boleh menegur orang lain. Mana kewajipan bersama dalam amar ma’aruf nahi mungkar?

Dan contoh yang baru tersedar ialah kelas bertindih dengan waktu solat. Kelas pukul 12-2,2-4,4-6...alhamdulillah setakat sem ni,belum ada kelas yang direct macam ni. Cuma kelas pukul 4 hingga 6 ada. Apa solusinya?solat selepas waktu kelas tamat atau keluar 10-15 minit untuk menunaikan solat? Analogi diberi,jika kita sakit perut yang amat sangat, adakah kita akan menahan sakit tersebut tunggu sehingga kelas tamat atau keluar 10-15 minit? Jadi,fikirkan zanariah.

Sejarah sekularisme adalah dari gereja. Wallahualam.

3)Nasionalisme
Nasionalisme bermaksud semangat cintakan negara yang melampau. Faham 49% je, so susah nk describe. Zaman Rasulullah dipanggil assabiyah.

4)Liberialisme
Liberialisme bermaksud hak sama rata. Contohnya perempuan boleh jadi Perdana Menteri, perempuan boleh berkahwin empat[subhanallah], sister in Islam.

Fahaman-fahaman tersebut menyerang Islam secara terus. Tanpa kita sedar sebenarnya menghasut pemikiran kita. Banyak lagi fahaman-fahaman, empat fahaman ni saja,sepetang berbincang. Dengan ada yang berhujah couple dibolehkan. Sikit-sikit pemikiran anak muda kita diracuni. Yang haram, dihalalkan. Yang halal,diharamkan. Astaghfirullah hal ‘azim.

Simulasi Kem Aspirasi Islam

Tanah yang keras,apabila dipijak,tidak meninggalkan kesan. Tanah yang lembut, apabila dipijak,meninggalkan kesan. Begitu juga dengan hati. Jadi, siram dan bajalah hati dengan zikrullah supaya ia sentiasa lembut.

Air sungai yang mengalir, tak pernah berhenti.  Walaupun ada halangan dengan batu, ia mencari jalan lain untuk terus mengalir. Sama seperti ilmu, ia takkan berhenti. Walaupun kita tiada keinginan untuk menuntutnya, ia tetap mencari insan yang sudi tanpa menghiraukan kita yang berhenti mencari ilmu.

Kita wajib merendah diri, tapi kita haram menghina diri dan kejadian alam mengajar kita erti kehidupan. Islam tak perlukan kita, tapi kita memerlukan Islam.

Jangan sesekali menjadikan diri binasa kepada orang lain. Jika tidak boleh memberi manfaat kepada orang lain, berilah manfaat kepada diri sendiri.


air yang tak pernah berhenti,subhanallah...
tetiba teringat novel curahan cinta niagara...ada kt rumah,nak ulang baca pun,hurm....



maid of the mist...dalam novel tu, penulis cakap[cakap ke?] salah satu scene novel tu,hero kedua mengeluarkan kotak rokok masa dalam kapal ni, then heroin tunjuk sign "no smoking"...tapi si hero kedua tuh gelak, dia kata psyhco t0l,memang la xleh merokok,tempias air terjun tuh,xsempat nk nyalakan api pun...dan hero pertamanya hanya memandang...[nk cite pe sebenarnye ni?]
teringat novel tuh,tidakkkkkk.......


subhanallah,cantik sangattttt!!!!!!!!!!



1 comment:

Unknown said...

nak baca novel curahan cinta niagara...novel paling mahal,tapi alhamdulillah byk input,diselit ayat quran dan hadis...
novel CCN,tunggu tuanmu blek raya nnti...hope jgn adik bwk ke asrama sudahla....