Sunday, August 1, 2010

^^...sampan=berenang?...^^

Kisah seorang tua yang tinggal di tebing sebatang sungai yang gemar bersampan menyeberangi tebing sebelah sana untuk memetik buah-buahan.
Suatu hari dia ditegur oleh seorang pemuda yang meminta khidmatnya untuk membawanya ke seberang sungai. Dengan senang hati, dia membawa pemuda itu. Ketika mendayung, dia melihat sehelai daun terapung-apung di permukaan air.
Bertanya die kepada pemuda yang menumpang sampannya, “pernahkah kamu belajar ilmu kaji hayat?”
Pemuda menggeleng, menandakan tidak pernah.
Orang tua itu menunjukkan muka kesal dengan kenaifan anak muda itu, “kaji hayat suatu ilmu penting yang mengajar kita segala benda hidup di dunia. Kenapa kamu tak belajar ilmu ini? Kamu sudah sia-siakan 25% kehidupan kamu...”
Dia mendayung terus, ternampak pula batu-batan di tebing sungai. Lalu bertanyalah dia kepada pemuda yang diam di hujung sampannya, “pernah kamu belajar ilmu kaji bumi?”
Sekali lagi pemuda itu menggeleng.
“kenapa kamu tak belajar? Ilmu kaji bumi memang menarik. Ilmu ini mengajar kita sejarah fizikal bumi yang dihuni kita saat ini. Sekali lagi kamu sudah sia-sia 50% kehidupan kamu...” orang tua itu bersuara, kesal.
Dia mendayung terus. Hari semakin gelap, malam kian menghampiri. Bintang-bintang kelihatan mengerdip di langit tinggi.
“kamu pernah belajar ilmu kaji bintang, orang muda?” orang tua itu bertanya untuk kali ketiga.
Sekali lagi pemuda itu menggeleng, memang dia tidak pernah belajar perihal bintang-bintang.
“ilmu kaji bintang juga tak kurang penting. Sebelum wujud kompas, orang yang belayar berpandukan pada bintang-bintang di langit. Rugi-rugi. Kamu sudah sia-siakan 75% kehidupan kamu.”
Tiba-tiba, di luar dugaan, air melimpah laju, deras mengalir sehingga menterbalikkan sampan yang membawa dua manusia itu. Kedua-dua mereka tercampak ke dalam air.
Kali ini si pemuda bertanya pada orang tua itu, “pak cik tahu berenang?”
Orang tua itu menggeleng, tercungap-cungap mencari udara dan terkapai-kapai cuba menyelamatkan diri.
Dan si pemuda membalas, “nampaknya pak cik sudah mensia-siakan 100% kehidupan pak cik...”
“jangan jadi seperti pak cik pendayung sampan...dia ada ilmu tapi gagal membaca perubahan. Dia tak dapat menjangkakan perubahan, lalu dia menjadi mangsa kepada perubahan itu sendiri. Ini yang kita tak mahu dan cuba elakkan.”



bila baca kisah ni,teringat PALAPES....hurm,tujuan utama selain dari minat ketenteraan,masuk PALAPES nih sebab nk belajar berenang.....nak belajar coz niat nk selamatkan orang bila kecemasan berlaku dalam air selain minat tu sendiri...tapi hanya sempat belajar dua kali jer dalam PALAPES,then dah quit....sedih sebenarnya meninggalkan apa yang diminati...tapi kalau nih jalan untuk capai keredhaanNya,kenapa xleh berkorban kan?
PALAPES LAUT,memang sinonim dengan air....objektif nya jugak adalah ketenteraan dalam air,so memang belajar tentang kehidupan,keselamatan dan kapal2 di air je la...sebab tuh la berenang antara syllabusnya....
teringat dulu,pegi berenang hari rabu(malam) dan sabtu(siang)..... bila dah quit nih,nak teruskan pengajian berenang nih,tapi ada kah instructor perempuan?mungkin ada,tapi bukan berdekatan dengan kediaman...kt kedah,instructor lelaki,kt terengganu nih,xtau la plak....hurm,mungkin bila dh graduate baru mula belajar semula?insyaAllah,moga dipermudahkan...nak sangat-sangat...


No comments: