Thursday, November 18, 2010

...Maktab Mahmud Alor Star...

بسم الله الرحمن الرحيم
Maktab Mahmud Alor Star
Batch PMR05/SPM07

Masa darjah 6, sekolah biasa, bukan sekolah aliran agama...dan bila umi abah suruh interview Maktab Mahmud Alor Star (MMAS),terus gerun...ya Allah, takut sekolah tu...tapi bila parents suruh, ikut la...mula jejakkan kaki di sekolah tu pada 3hb Januari 2003 dan ditempatkan di kelas 1 Ikram...tingkatan satu, tak kira budak pandai dan budak kurang pandai lagi, sebab belum ada penilaian...dan minggu pertama ni jugak belajar bahasa arab...kawan-kawan yang lain, dah ada basic b.arab, tapi budak yang aliran biasa sebelum ni, memang tercongok la bila belajar b.arab...memang tak boleh challenged dengan diorang...dan minggu pertama ni jugak menangis sebab kena hafal feglul madhi,feglul mudharig dan feglul amar...yang lain semua macam menyanyi lagu negaraku bila suruh sebut ketiga-tiga fengel ni, tapi zanariah???
balik rumah, "abah!!! along tak mau pi sekolah dah esok..." 

Tapi nasihat abah dan umi banyak mengajar zanariah supaya stay di sekolah ni, dan alhamdulillah kerana ikut cakap kedua-dua orang tuaku, zanariah sedar kenapa perlu berada di sekolah ni...sangat-sangat bersyukur...kalo tak, mungkin diriku bukan seperti sekarang...rindunyaaa zaman tu...

jom bercerita melalui gambar...


yang macam cendawan tu, masa form 1 and form 2 masih dalam pembikinan...form 3 hampir siap dan form 4 dah boleh digunakan...apa cendawan tu?tu la tangki air...pelikkan?masing-masing berfikir, kukuhkah tangki air macam tu...


ni salah satu lambang kemegahan MMAS, pintu gerbang...sebelah kanan (tapi tiada dalam gambar), taman rumah sewaku...pintu gerbang ni, depannya Shell...


ni pokok depan Makmal Komputer...nice, waktu hampir senja...



kolam di dalam pembikinan...teringat cikgu Hamidon (guru kelas form 1) kata, "MMAS ni boleh buat bendang(sawah) dan nak tanam pokok durian ka pokok langsat ka boleh sangat, sebab macam padang jarak padang tekukuq"...tapi memang, nak tanam apa pun, mesti layu after dat, tapi sebelah putra, banyak ja pokok, sebelah putri ja tak dak pokok...ni bangunan F...bangunan yang menempatkan pelajar sains f4 n f5 juga pelajar aliran biasa f5 putri...


ni lambang MMAS, kalo melalui jalan Kuala Kedah, memang akan nampak la bangunan ni, dan bangunan ni la trademark MMAS...depannya padang bola putra...


logo MMAS...lencana uniform pun logo ni...rindunyaaaa...name tag pun logo ni...
nice edited...


ni bangunan Dewan Sultan Badlishah...apa-apa program, event di dewan ni la...selalunya konsert...setiap tahun ada konsert anjuran Badan Budaya Dan Kesenian...form 1, firdaus dan sutra...form 2, in-team dan sutra...form 3, far east dan zulfan...form 4 UNIC dan zulfan...form 5, devotees dan sutra...siapakah sutra dan zulfan ni?sutra dan zulfan adalah penyanyi nasyid sekolah...dan salah seorang ahli kumpulan sutra sekarang dan join UNIC...


ni masjid MMAS putra...


ni kolam yang dah siap...hasil titik peluh budak-budak kelas sains dan cikgu Laudin (cikgu math form 4 dan warden asrama putra...


bangunan makmal kimia, makmal fizik, makmal bio dan library


tempat selalu menghilangkan tekanan setelah penat 'study group'...tapi bila ada putra, tak boleh jugak...tapi selalunya di'conquer' oleh putra...


tempat kenangan ruby (siti rabiatul adawiyah)...minggu sains kenangan tu berlaku...semua budak-budak sains sibuk set up makmal...ceritanya, zanariah nak keluar dari makmal bio, terburu-buru keluar, nak terlanggar (tapi takkkkk) sorang budak putra ni, dan ruby, azani, fathiah dan nisha masing-masing gelakkan zanariah...ruby la paling sakan gelak...dan tetiba dia terjatuh "kelepek" depan semua budak putra masa tengah syok gelak...dengan kain terselak...dah macam katak dah gayanya...zanariah, azani dan fathiah terkedu...budak putra yang lain pun sama la...nisha terus tarik tangan ruby, lari masuk koperasi...yang terkedu ni?pandang kiri kanan hope tak dak la orang pandang, tapi terlambat, semua dah terlopong...


kelas bercampur putra dan putri, tetapi tahunku dijadikan tahun percubaan diasingkan putra putri kelas sains...tapi kelas bio tetap campur...dan percubaan ni gagal, tahun selepasnya dicampur semula putra-putri...kenapa gagal?peratus kecemerlangan putra merudum jatuh manakala peratus kecemerlangan putri meningkat naik...apakah tandanya?kami putri memerli,budak putra tak boleh hidup tanpa putri...hahaha...perli ni sebab sakit hati bila putri dikatakan macam-macam oleh putra...


di hujung sana adalah koperasi (koop)...dan di hujung sini makmal bio...laluan kenangan ni...


wakaf buluh yang selalu dijadikan tempat 'study group'...tempat menjadi kontroversi pun ye jugak...


kelas 4 sains 2 di tingkat dua, berdekatan tangga tengah...kelas 5 sains 2 di tingkat empat...


gabungan tiga bangunan...


bendera Kedah, Malaysia dan MMAS


pintu gerbang dari pandangan hadapan...

semua gambar bangunan sekolah sahaja...mana gambar pelajar-pelajarnya?hurm, agak la...baru terasa gambar di MMAS sangat kurang...ada, tapi dalam album...balik ni nak tengok semula album tu...rindu wajah kesucian di MMAS...hehehe...muka sangat suci...suci dari jerawat,hahaha...

*update 22th november 2010
1:30 am (hurm, depan lappy lagi zanariah???bawak2 insaf ye)

MMAS  ni sebenarnya asal warna/kaler/color nyerrr ialah hijau...masa form 1, hijau lagi...then Y.A.B Dato' Seri Haji Syed Razak Syed Zain suruh tukar kaler lain, kalo x beliau xkan attend apa2 majlis di MMAS...nak gelak jugak dengar, tapi dah beliau berkuasa, nak buat macam mana kan walaupun MMAS ni sebenarnya under pemeliharaan Sultan Kedah...hurm, nak update ni coz nak cerita perubahan kaler di ma'ahad...huhuhu...dulu hijau, sekarang dah oren/kuning/peach...xtau nak describe cmne kaler tu...

apa pun perubahan ma'ahad, ma'ahad tetapi di ingatan...tetapi ya Allah, Kau jauhkanlah ma'ahad dari gejala sosial yang melampau,huhuhu...dulu ma'ahad sangat harum kerana melahirkan ulama2 kedah...tetapi zaman sekarang, ma'ahad makin dicemari...huhuhu...bukan dicemari oleh orang luar, tapi warga ma'ahad sendiri...ya Allah, Kau peliharakanlah MMAS dari dicemari...


No comments: