Sunday, May 27, 2012

Indah

Setelah 22 tahun tidur. Eh eh, bukan 22 tahun tidur, tapi 6 jam kali 22 tahun. Oh sangat lama la masa dihabiskann untuk tidur, bukan untuk beribadat. Zanariah zanariah (mumbling sorang-sorang). Tetapi jika kita tidur mengikut sunnah, insyaAllah tidur tersebut jadilah ibadah, jadi tidaklah sia-sia masa yang digunakan untuk tidur tu, kan...

Bilik macam ni, memang tak dapat la...esok bangun pagi, dah tak payah mandi, sebab awal2 dah terjun dalam air... =)

Ni bukan bilik tidur k0t...dah macam spa dah ni...

Haaa...ni suka...sebab?hurmmm...sebab color purple, hakhakhak...kalau bilik sorang-sorang la kan...boleh la...


Macam mana nak jadikan tidur salah satu ibadah? Ikutlah sunnah nabi ketika Baginda saw hendak tidur. Salah satu sunnah Baginda saw sebelum tidur ialah membaca tiga qul, kemudian hembus ke tapak tangan dan diraupkan ke muka hingga ke hujung kaki. Lagi???



Tempat berkumpul keluarga...tengok wayang di dalam rumah...bahagianya...dan ada ruang hiburan, perlu jugak ada ruang utk beribadat bersama-sama...



Baca juga doa sebelum tidur dan selepas tidur, jangan meremehkannya. Selain tu, solat sunat taubat sebelum tidur dan memaafkan semua orang. Maafkan orang sebelum tidur ni, dapat bersihkan hati sebenarnya. Subhanallah, sunnah Baginda saw bukan saja-saja, mesti ada kebaikan di sebaliknya.


Oh dapur...



Dan banyak lagi sunnah-sunnah sebelum tidur yang boleh menjadikan tidur tersebut sebagai ibadah.





Errr, sebenarnya nak cerita something yang indah. Apa yang indahnya ni sampai terkeluar cakap pasal tidur?Jeng jeng jeng...





Tidur + Indah = Mimpi

Ni dah macam istana, bukan rumah lagi dah...

Ni tak tau apa function nya...kalau dah berlebihan sampai tak tau nak guna buat apa, membazir namanya...



Dikatakan indah mimpi tersebut, sebab suka. Cuba kalau nightmare, id0k lah dikatakan indahnya.
Mimpi apa cik Zanariah? Hurmmm, mimpi pergi overseas dengan Team ABJZ, sebab ada kem kat sana. Perghhhh, ABJZ dah dapat sambutan international tu...ameen...semoga.



Errr...pink nya laaa...utk budak-budak yang sukakan pink, boleh laaa...


Dan dalam mimpi tu, 3 orang sis (termasuk la cik Zanariah) dapat sebuah rumah. Subhanallah, sangat indah rumah tersebut, sampai sekarang masih terbayang struktur dan rangka dalamnya. Sangat indah. Ya Allah, belum Kau tunjukkan syurgaMu, jika syurgaMu yang Kau perlihatkan, nescaya ramai yang berlumba-lumba untuk buat kebajikan, kan.


Ni bilik Hilman Yong dengan Intan Zulaikha...


Ada tak arkitek yang boleh design dengan gambaran apa yang terlakar dalam minda ni, dilukis?Nakkkk...nak lakar sendiri, memang id0k la kan...terlebih kreatif ni, memang suci la kertas yang putih bersih tu.





Rumah yang mimpi semalam, tak sama langsung la dengan gambaran yang dipaparkan, tapi gambaran-gambaran ni pun sangat cantik. Ya Allah, ni baru dunia, hanya secelup jari yang dimasukkan ke dalam air laut, itulah dunia. SyurgaMu? Subhanallah...Allahu Akbar...

Ni ada sikit macam mimpi semalam, tapi bukan color ni, color brown dalam mimpi tu...



Katil ni, sangat comeyyy...untuk anak twin boleh jugak ni... ;)













Jom kita berlumba-lumba untuk mendapat syurgaNya...
Jom kita berlumba-lumba untuk syahid dijalanNya...
Jom kita mencapai redhaNya...

p/s: gambar hanyalah hiasan...menjadi idaman hati, tapi tidaklah di dunia...kat dunia ni, banyak lagi benda yang perlu difikirkan, banyak lagi yang memerlukan duit...banyak orang yang memerlukan duit, kenapa kita perlu bazir tahap melampau macam dalam gambar-gambar ni kan...


No comments: