Tuesday, February 5, 2013

Terkejut Terkedu

Lepas meeting di Masjid Negara untuk Mesyuarat Agung Tahunan APIS, nak ke Bangi.


Then masa tunggu tren tu, duduk la di bangku yang disediakan di platform tu. Sebelah ada seorang mak cik ni, berseluar jeans, baju blouse dan bertudung jambul di depan dan umurnya lebih kurang 55 tahun ke atas (sebab tau?hahaha...tungguuu...).
Sebelum duduk tu, dah senyum kat dia. Tanda hormat. Mak Cik tu sedang sibuk main henfon nya. Tak pa lah, sekadar senyum memadai sebab mak cik tu macam sibuk, tak payah la nak menegur ramah tamah.

Kebosanan menunggu tren, bawa keluar novel dalam handbag. Baca punya baca, tapi tak sampai setengah muka surat, dengar suara menegur

"kamu belajar lagi?"

"ya, belajar..." jawapan yang terkedu tetiba ditanya..

"belajar mana?swasta kerajaan?"

"erkkk...sebenarnya mak cik, saya dah habis belajar...tapi dulu tu, belajar kat UMT..Universiti Malaysia Terengganu." tujuan terang universiti mana pun, sebab tak ramai yang kenal UMT ni...

dan mak cik ni, dengan muka marah "ohhh, dah grad la ni..boleh tak lepas ni tak payah duk baca buku-buku bahasa melayu...ni lah siswa malaysia, bukan nak baca buku omputih, bukan nak improve bahasa inggeris diorang..siswa sekarang berlambak, tapi semua hampeh...cakap omputih tak pandai...mak cik ni baru pencen...bla bla bla"...

panjang jugak mak cik ni marah dan berleter terhadap anak melayu sekarang yang tak berapa nak pandai cakap omputih terutama yang depan dia tu la, sebab yang depan dia tu 'tak' baca buku english...

Allahu Allah...
masa tu, tak tau nak gambar perasaan macam mana sebab tetiba saja di 'ambush' sebegitu oleh mak cik ni...rasa macam nak pelan-pelan masukkan balik novel tu dalam  handbag pun ada, rasa macam nak sorok muka bawah bangku pun ada, rasa macam "mak cik boleh diam ar???" pun ada...tapi sabar...dan masa ni la teringat semula apa yang belajar untuk melawan bangkangan orang...dan cuba praktikkan..

A: agree
Q: question
R: restate
S: satisfy

Bila mak cik tu prang prang prang memarahi mahasiswa sekarang, hanya mampu angguk setuju...tak mampu nak buat "listen listen listen listen" sebanyak sepuluh kali...

dan mencelah setuju "betul mak cik..memang sekarang banyak graduan, tapi lemah dalam english, saya sendiri pun..."

"haaa, tau pun...dah tu, jangan baca lagi buku bahasa melayu...bla bla bla" panjang lagi marahnya...dan nak redakan, guna key number 2, question

"mak cik keje mana dulu?"

"mak cik keje kerajaan, pegi sana, pegi sini...semua orang bercakap 0mputih kat mak cik...sebab tu mak cik berjaya...mak cik nak pencen pun orang sayang nak lepas...bla bla bla"

dan bila macam tu, restate and satisfy was used

"ohhh...bagusnya mak cik...orang senang dengan mak cik bila pandai cakap omputih kan...nak buat mak cik contoh la...bijak mak cik...memang patut warga emas sekarang berpemikiran macam mak cik.

tujuan restate and satisfy ni, nak memuji dan meredakan sedikit kemarahannya...tapiiiiii

dia menyambung menghujahkan mahasiswa sekarang lemah BI, macam-macam contoh dia bagi...suadaranya la, kolej ni la, kolej nu la...

dalam hati berdoa, "Ya Allah, cepatkanlah tren laluan seremban, ya Allah...tak tahan lagi..."

HA.HA.HA.HA

dan tren laluan seremban pun sampai, mak cik tu terus bangun dan nak naik...tapi kita ni buat macam tak nak naik tren tu, padahal nak naik yang sama jugak dengan dia. Mak cik tu masuk dalam koc wanita, dan untuk tidak sama dengan koc yang beliau masuk, terpaksa la tebal muka masuk koc biasa walau sebenarnya tak berapa selesa masuk koc yang lelaki ramai.

Moral of the story? fikirkanlah Zanariah...insyaAllah memang niat dalam hati ni nak 'improve' English...

"tapi Zanariah, kalau nak improve Eng, jangan duk baca buku-buku Melayu ni, baca buku Eng...macam mana nak elok Eng tu kalau duk baca buku Melayu ja...bla bla bla..."

berleter pada diri sendiri, hahahaha...

No comments: