Monday, July 29, 2013

Mencari Cinta

Teruskan MENCARI CINTA  dari Maha Pencipta di 10 malam terakhir Ramadhan

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka."
( Al-Baqarah : 201 )

"Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan."

Ramadhan, ku mohon usah pergi~~~"


Gambar tiada kaitan. Sedih sebab buat gambar ni untuk diletak di fb, tapi tak dapat atas beberapa faktor.
Allah Allah, tahun ni sangat terasa taknak melepaskan Ramadhan pergi. Dengar lagu raya tak macam dulu dah, tak berapa nak semangat raya sangat, sedih mengenangkan adakah masih berkesempatan untuk ku mengutip berkah bulan Ramadhan.

Sangat terasa tahun ni, Ramadhan di hati. Mungkin berkat doa di sepanjang bulan Rejab dan Sya'aban. Truthfully, tahun ni la yang banyak sekali mengamalkan doa

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"

Tahun-tahun sebelum ni tak pun.

Dan bila tahun ni diberi peluang menyedut sesungguhnya di 10 malam terakhir, kenapa nak lepaskan, kan? Tapi Allah nak bagi sesuatu tu bukan dengan senangnya. Ganjaran perlukan pengorbanan, kemanisan adalah dari kepahitan.

Kak Fatimah ajak untuk beriktikaf di masjid weekend ni, tapi yang sebenarnya weekend ni dah penuh dengan jadual. Hari Jumaat berbuka di Sg.Buloh, hari Sabtu di Bangi, hari Ahad di luar (sekitar KL). Dan Allah memberi ilham macam mana untuk mencari cintaNya. See, Allah masih sayang kan, diberi jalan. Nak ikut atau tak je, Zanariah. InsyaAllah I will, demi cintaMu.

Di Sg.Buloh, akan bertarawih di situ. Kalau dah lewat sangat habis acara, maka bertolak ke Bangi adalah pagi Sabtu. Selesai berbuka puasa di sana, naik tren ke Masjid Negara. Jumpa Kak Fatimah dan Kak Sarah di sana. Iktikaf sepanjang malam, bertadarus, solat sunat. Allah, bulu roma dah naik. Sampaikan hajatku ini, ya Allah. Dan bersahur di luar.

Pagi tu, bertolak ke Rawang, ambil Mak Lang untuk menemaninya membeli dan membelah. Berikanku kekuatan,ya Allah. Dan selesai berbuka di luar dengan mereka, maka naik tren, Mak Lang terus ke Rawang dan daku terus ke Sentul. Stesen komuter yang paling hampir dengan Masjid Wilayah, di malam kedua kami akan beriktikaf. Seperti sebelumnya, jumpa kedua kakak di sana.

Ya Allah, ini ilhamMu, yang Kau titipkan di otak kecilku. Dan Engkau sebaik-baik perancang. Aku sandarkan harapan dan perancangan ini dalam tanganMu. Semoga aku beroleh cintaMu di 10 malam terakhir Ramadhan.

"Merupakan kebiasaan Allah Ta'ala ketika insan meminta pertolongan, Dia memberinya kekuatan rohani agar insan berkemampuan dalam beramal soleh..."

Macam kamikaze kan? Tapi ini pilihanku, ini perancanganku. Demi merasai nikmatnya 10 malam terakhir Ramadhan. Ke uptown/ladies night  sampai pagi boleh, Zanariah. Dan nak merasai kemeriahan di masjid. Merasai nikmatnya cintakan masjid.

Ya Allah, permudahkanlah, jangan Kau susahkannya.

No comments: