Friday, June 28, 2013

Ting Tong!

Innalillahi wainna ilaihi roji'un
(Sesungguhnya kita datang dari Allah dan akan kembali kepada Allah)

Mood ting tong!
Ting tong!



Hahaha (gelak untuk menutup kesedihan dalam hati) hahahaha...
Memang orang tengok macam takde masalah je kan, happy jeee...senyum jeee...tapi dalam hati?hanya Allah yang tahu.

Hahaha

Hahaha
Hahaha

Nak gelak lagi dan lagi

Hahaha

Sebab sebenarnya 'regret' dengan diri,sebab sampai sekarang tak jadi lagi seperti yang diingini, tak jadi lagi orang yang boleh dibanggakan oleh keluarga, tak jadi lagi orang yang boleh bangga dengan diri.

Sebab sekarang cemburu tengok kawan-kawan yang dah achieve apa yang diorang nak, dah jadi apa yang diorang nak.

Sekurang-kurangnya dah jadi orang yang boleh berbangga dengan diri.

Hahaha
Hahaha
Hahaha

Nak gelak lagi sebab nak tutup kesedihan hati.

Anak sulung, bila tahu kesusahan parent,nak sangatttttt tolong parent, nak sangat hulur duit, nak sangat ringankan beban diorang. Tapi bila diri sendiri tak mampu? Menangis dalam hati. I'm sorry abah and umi.

Anak sulung, bila tahu adik-adik teringin nak ni, adik-adik nak pergi rombongan, adik-adik nak buat sesuatu, tapi bila kakak sulung tak mampu nak tolong?Again, menangis dalam hati. I'm sorry alang, chaq and achik.

Achik tak jadi nak ikut rombongan sekolah dia. Katanya sebab dia tak boleh dengan keadaan jerebu sekarang. Tapi tau, yang sebenarnya duit poket takde. Dan bila tak mampu nak tolong?

Semalam ada apply beberapa jawatan. Semoga ada rezekiku di situ. Tapi ikut gaya mak cik, dia berat nak melepaskan. Tapi saya kesusahan, mak cik!

Sampai bila?

InsyaAllah esok akan attend Seminar Hidup Luar Biasa 2013 anjuran orang yang luarbiasa, Dr.Azizan Osman

Dua tiga hari ni dapat tips dari dia sempena daftar nama untuk ke seminar tu kan, dapatlah tips

Katanya
"Azizan Osman: Tips Hidup Luarbiasa: Rahsia membina hidup luarbiasa adalah bermula dari impian dan keinginan yang sangat tinggi untuk memperbaiki tahap hidup dan kewangan anda. Anda perlukan ilmu utk merubah hidup anda dan penghalang sebenar anda ialah diri anda sendiri."
[10:08:43am, 26-06-2-13]

"Azizan Osman: Tips Hidup Luarbiasa: Hidup anda adalah pilihan anda. Di mana tahap hidup anda hari ini adalah hasil dari apa tindakan anda semalam (ketepek, tambah sendiri sebab kena batang hidung). Di mana tahap hidup anda esok adalah mengikut apa tindakan anda hari ini. Apa yang merubah hidup saya satu masa dahulu adalah ILMU dan TINDAKAN."
[10:21:20am, 27-06-2013]

"Azizan Osman: Tips Terakhir Hidup Luarbiasa: Soalan penting yg telah merubah hidup saya 12 tahun dahulu ialah - "Sampai bila??" Ya, sampai bila saya mahu hidup "biasa-biasa"? Bagaimana saya mahu "hidup luar biasa" dari segi kerjaya/berniaga, kewangan, tiada masalah hutang yang teruk dan mempunyai banyak masa bersama keluarga? Bebas kewangan. Hidup saya mula berubah bila saya komited utk belajar merubahnya dari mereka yg telah berjaya!"
[09:25:49am, 28-06-2013]

Hahaha
Hahaha
Hahaha

Sampai bila Zanariah nak duduk di takuk ni?

Hahaha
Hahaha
Hahaha

Semoga hari esok membawa sinar dan semoga esok masih memberiku peluang untuk maju lebih ke hadapan. Ameen Ya Robb.

No comments: