Sunday, June 2, 2013

Mega Mawlid 2013

Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah, masih bernafas.
Sebenarnya banyak benda yang nak tulis, sebelum-sebelum ni pun, tapi
ada mood : tiada masa
tiada mood : ada masa

Lalu jadilah laman web,bersarang penuh dengan labah-labah punya web...hahaha...

Semalam 1 Jun, ada mega mawlid di stadium Shah Alam, teringin sangat nak pergi, then propose to Kak Sarah, Kak Sarah kata ajak Kak Timah, sebab dia on je kalau ada Kak Timah (kakak kesayangan). Dan Kak Timah pun bersetuju dengan syarat sambil edar flyers. Hehehe. Tapi tak kena paksa pun, memang rela je nak buat.


Dan mula-mula ingat pukul 8.30 malam, sekali bila check semula di facebook, pukul 8 mula majlis. Pukul 7.30 dah siap solat dan siap dengan baju yang nak dipakai, tapi Kak Sarah baru mula nak bersiap. Hati gelisah dah. Tapi istighfar dan think positive. InsyaAllah perjalanan nanti dipermudahkan.

Sebenarnya jenis yang tak suka lambat kalau majlis bermula. Apa-apa majlis la. Dan kalau di televisyen pun, kalau cerita tu dah mula setengah jam pun, dah tak nak tengok dah. Memang jenis tak suka lambat. Mungkin terdidik daripada PLKN, PALAPES. Tapi bila hidup ikut orang, tumpang orang, kena la ikut orang tu kan. Mana boleh buat suka hati.

Dah siap dua-dua orang, dalam pukul 8 ada meeting mengejut. Takpe kan je lah, sebab tu kerja. Work comes first. Dan dalam pukul 8.45 baru gerak dari rumah. Dan alhamdulillah hati malam tu kurang gelisah, mungkin sebab think positive. Everything happen has a good reason. Dan ikut rentak Kak Sarah dan Kak Timah jugak, tak payahlah nak kelam-kabut sangat kan. Kita pergi ni pun nak release tension, so dont be too stress.

Dan pertama kali menghadiri qasidah Habib Syech, memang sangat menyentuh. Tak jemu pandang wajah beliau. Macam mana la pandang wajah Nabi Muhammad saw nanti, memang cair habis.

Bila dah habis, terus cepat-cepat lari keluar dari stadium, sebab nak edar flyers, risau ramai yang dah keluar. Dan time ni, Kak Sarah dah berjaya conquer keadaan dengan menyebar flyers terlebih dulu. Kak Timah dan Zanariah duk kumpul kekuatan. Malu masih menebal Tapi alhamdulillah bila dah mula sekali, feel good. Dua kali, feel comfortable, tiga kali, feel nak buat lagi. Sebenarnya orang akan terima ja, cuma kita yang malu.

Duk edar-edar tu,terjumpa Husna Zahri, kawan Ma'ahad Mahmud. Then jumpa pulak Eiyda dan fasi-fasi himpunan yang lain, sempat la bersnap gambar. Dan habis jugak flyers malam tu. On the way nak balik, aduhai lautan manusia dan ter'dapat' jugak la flyers dari orang lain.Kak Sarah cakap, what you give you will get back, hahaha...



Pengajaran, jangan buat tak endah dengan orang yang edar flyers(sebab dah memahami macam mana perasaan orang yang mengedar flyers) dan pengajaran kedua adalah kekuatan diri. Alhamdulillah, banyak belajar dari orang-orang hebat.

Balik malam tu, tidur di rumah Kak Timah sebab pagi esoknya ada lagi aktiviti dan ingatkan aktiviti ni hanya kami bertiga terlibat. Sekali dapat tau yang ada Bro AO, Bro Jo dan Bro Fairuz, kata Kak Timah. Sampai rumah dah dalam pukul 1.45 sebab singgah makan lagi. Solat, tidur dan bangun nanti pukul 5.30 am.

No comments: