Wednesday, August 13, 2014

Kuda Putih

Teringat satu kata-kata, kamu adalah apa yang kamu dengar, yang kamu baca, yang kamu lihat.

Apa diri kamu adalah daripada mendengar, melihat dan membaca.

So, Zanariah, kalau kamu membaca buku ilmiah, mendengar ayat-ayat Allah dan memujiNya, melihat alam dan sesuatu yang mendekatkan padaNya, maka kamu akan jadi hamba yang baik.

Tapi nahhhh, padahnya kamu sejak darjah 5
dah baca novel cinta, dengar lagu-lagu jiwang, menonton drama-drama Melayu dan Korea dan Fairy Tale yang 'happily ever after', sekarang apa yang kamu inginkan?

Konon menginginkan seorang jejaka naik kuda putih ambil kamu yang sedang berpakaian putih tunggu di sebuah padang yang menghijau dengan rumput-rumput karpet, kemudian kamu berdua menari bersama sambil diiringi lagu Kuch Kuch Hota Hai, Mohabbatein.

"Ohhhh sayang, engkaulah jejaka idaman........"

Oh Zanariah, please wake up for the day dreaming. This is reality, not fantasy.

Tapi Bro Syamil cakap, KLCC wujud dua kali. Kali pertama ia wujud dalam bayangan/anganan Si Pereka, dan wujud kali kedua secara realiti. Tak wujud sesuatu tanpa ada anganan yang pertama kali akan muncul dalam minda seseorang. So, boleh la berangan? Hahaha...ni namanya takmau salahkan diri sendiri.

Jadi, untuk takmau buang masa dengan kononnya 'happily ever after', sibukkan diri dengan kerja-kerja kebajikan/dakwah. Jangan biarkan diri tu ada masa terluang, tapi tetap bersosial yang mana bermaksud, keluar berkawan/bersahabat, spend time dengan kawan-kawan, jangan jadi katak bawah tempurung pulak sampai takmau keluar bersosial, tapi jangan lebihi syarak ye Zanariah.

Puasa sunat Isnin-Khamis sebab kan ada hadis kata kalau mampu berkahwin, kahwin la. Tak mampu, puasa sebab puasa tu banyakkkkkkkkk manfaatnya.

Baca sirah-sirah Rasulullah, Nabi-nabi dan sahabat-sahabat. Bila baca ni, confirm buatkan diri tu takmau lagi terawang-awang nak berangan ada Kuda Putih yang bawa seorang jejaka datang melamar. Diri mula akan berangan-angan nak kejar syurga dan cinta Allah je. Tapi ni la jarang sekali, kan Zanariah? Buku 'Stories of the Prophets in al-quran' pun belum habis lagi kan? Ish ish ish...I bet you to read it until the last piece of the pages in the book by this month, Zanariah. Game on???

Jadinya Zanariah, untuk menjadi seorang daie yang luar biasa, jangan biarkan perasaan tu menguasai dan melemahkan kita. Seorang daie harus kuat bangkit berjuang, tak lemah dengan godaan dunia, asakan perasaan, gangguan emosi dan jiwa serta hati.

Go Zanariah go!!!
Anda hebat, anda boleh, anda terbaik, anda cintakan Allah, anda cintakan Rasulullah, anda cintakan ummah.
Go for it!!!
Go for the Jannah!

Jannah tu bukan murah dan bukan untuk orang biasa-biasa, tapi Jannah tu terlalu mahal dan untuk orang yang luar biasa.

Thanks blog for hearing my mumbling. Hahaha...

1 comment:

Unknown said...

Ajar sy bt blog pleaseeeee