Wednesday, July 27, 2016

10 Tips to Quit Porn Addict

10 Tips To Quit Porn Addiction
[ Wael Ibrahim ]

Bahasa Melayu nya, 10 Tip Untuk Berhenti Ketagihan Video Lucah.

Sedikit perkenalan siapa Bro Wael Ibrahim, beliau ialah pakar terapi ketagihan video lucah dari Hong Kong dan seseorang yang berhijrah dari kegelapan dan sekarang terang-benderang sebab bukan saja beliau hijrahkan dirinya, malah orang lain.

Penulisan ni, sebenarnya untuk kesenangan diri sendiri juga bila nak mengulang kaji ke lapangan, nak review, nak mengingatkan diri sendiri sebelum menyampaikan kepada adik-adik remaja.

Dalam video Bro Wael, boleh rujuk untuk lebih banyak input, entry ni hanyalah main point 10 tips tu yang mana bukanlah semua orang boleh diaplikasi sebab dia ada tahap ketagihannya.

Jom baca!

1) Seek Allah's help (mohon pertolongan dari Allah)
* keep on asking...keep on praying...you can change..you can be the best...better than before.

Kita ada kuasa, kuasa kita doa. Teruskan berdoa, teruskan niat untuk hentikan aktiviti yang tak bermanfaat ni. Jangan cakap "Allah benci aku, Allah tak makbul doa aku". Allah Maha Penawar.

2) Tell someone (beritahu seseorang)
* you can't keep the secret.

Beritahu seseorang yang boleh dipercayai, yang akan jaga maruah kita. Tak semestinya suami atau isteri sebab

3) Lower your gaze
* on TV, when girls wearing appropriate attire...lower your gaze. This will trigger you.

Buang semua gambar-gambar lucah dalam fon, laptop dan segala benda. Jaga mata, sebab mata ni yang akan meransang untuk hormon (baca The Science Behind of Pronography Addiction) bertindak dengan badan.

4) Get realistic goal
* I will not watching porn from this Thursday until the next Thursday.

Buat target yang kecil, yang mudah. Bukan goal yang besar tapi tak mampu di laksanakan.
"Aku takkan tengok dalam masa 3 hari mendatang".

5) Don't be upset

Jangan menghukum diri jika tidak berjaya. Teruskan semangat positif.
Nabi Muhammad tak cakap apa yang kamu lakukan ini adalah haram, Nabi guna pendekatan psikologi yang sangat hebat. Baginda mendoakan mereka dengan lembutnya. Baginda tidak menghukum.

6)  Develop new habits
* If you are usually watching the porn at 10 pm, then you sleep at 9.45 pm.

Cuba elak tabiat tersebut dengan melakukan sesuatu yang lain. Melekakan diri, menyibukkan diri & meletihkan diri dengan benda berfaedah seperti bersukan di waktu petang.

7) Be honest

8) False quitting

9) Consequences

* Allah is watching me.

Letakkan sticky note "Allah sedang melihat" di laptop atau di fon yang mana yang selalu digunakan untuk menonton video lucah. Kamu bukan berseorangan, ada Yang Maha Kuasa sedang melihat dan sedang bersama kamu. Macam mana nak terangkan pada Allah yang kamu sedang melakukan sesuatu yang tak elok.

10) The industry is evil

Kena ambik tahu tentang industri ni. Serius, sangat ramai porn star yang sengsara. Boleh baca sendiri di sini . Sangat menakutkan. Ringkasnya, ramai di kalangan mereka yang sengsara disebabkan penyakit-penyakit kelamin, yang membunuh diri sendiri sebab dah tak tahan sangat dengan kerja ni yang mana industri ni tak jaga pun kebajikan porn star mereka. Yang hanya mereka fikirkan ialah keuntungan.

Banyak lagi penerangan dari Bro Wael tentang ketagihan video lucah ni. Jadinya, jauhkanlah diri dari aktiviti dan ketagihan ini.

Ada
- The Science Behind of The Porn Addiction
- The Cycle of the Addiction
- Negative effects when addiction

Link video Bro Wael Di Sini .

Program Anda Bijak Jauhi Zina

Semoga Allah memelihara kita semua dari segala gejala yang tidak sihat.

No comments: