Bismillah Ar-rahman Ar-rahim
Ehem ehem...boleh dak nak mengatakan yang sangatlah sedih bila kawan nak kahwin. Dia akad nikah, 7hb Sept 2012 yang lalu. Allahu Allah, seriusly sangatlah sedih masa tu dan dapat tau pun hari Selasa, dan dia nak akad hari Jumaat. Sebab tau lambat? Dia balik Malaysia, num fon kawan-kawan M'sia hilang.
Perasaan masa tu, memang dup dap dup dap je. Teringat kenangan dulu.
Dan jadi kamikaze jugak la masa tu, hari Selasa tau terus minta cuti untuk hari Jumaat tu. Bertolak balik Kedah hari Khamis malam Jumat, sampai sana pagi Jumaat, dan malam tu pulak bertolak balik KL sebab dah daftar nama untuk hadiri Seminar Sex Education, HIV/AIDS and STI anjuran ABJZ. In 24 hours, Bangi-->Alor Setar--> Sg.Petani--> KL.
Dia bersama pasangannya. Allahu Allah. Memang janjiNya ditepati. Errkkk. Bukan, teringat 'innakala tuqlifu mi'ad'. Lelaki yang baik akan dapat perempuan yang baik. Dan teringat pasangan ni, sahabatku, memang betul. Dia seorang yang sangat hebat dan dapat juga seorang yang hebat. Allahu Allah.