Tuesday, May 29, 2012

Ingatan Buat Pengantin

Hari Bergembira Bertukar Menjadi Hari Penyesalan.
Ikatan pernikahan yang menghalalkan perhubungan,
mulailah dengan keberkatan...

----------Muqaddimah-------

Bernikah adalah sesuatu yang menggembirakan.

Jarang orang tidak bergembira pada hari pernikahan mereka.

Masakan tidak, gelaran raja sehari disandang dan dijulang.

Bagi pasangan yang sudah lama bertunang, detik persetujuan para saksi semasa majlis pernikahan amatlah melegakan!
Selamat Pengantin Baru bagi yang melangsungkan perkahwinan pada musim cuti sekolah kali ni... =)

Kadang-kadang, keluar air mata kegembiraan dari pasangan pengantin kerana terlalu gembira telah menyempurnakan sebahagian agama dan menuruti sunnah nabi.

Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi SAW :

النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى , nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku.

Namun awas, jangan disangka kegembiraan menuruti sunnah nabi itu membuka jalan ke syurga semata-mata, kerana ia juga mampu mengheret kita masuk ke dalam jurang neraka yang dalam lagi menakutkan, jika ia tidak dilaksanakan seperti yang diperintahkan.

---------Menangis bertukar gembira------------

Sunday, May 27, 2012

Indah

Setelah 22 tahun tidur. Eh eh, bukan 22 tahun tidur, tapi 6 jam kali 22 tahun. Oh sangat lama la masa dihabiskann untuk tidur, bukan untuk beribadat. Zanariah zanariah (mumbling sorang-sorang). Tetapi jika kita tidur mengikut sunnah, insyaAllah tidur tersebut jadilah ibadah, jadi tidaklah sia-sia masa yang digunakan untuk tidur tu, kan...

Bilik macam ni, memang tak dapat la...esok bangun pagi, dah tak payah mandi, sebab awal2 dah terjun dalam air... =)

Ni bukan bilik tidur k0t...dah macam spa dah ni...

Haaa...ni suka...sebab?hurmmm...sebab color purple, hakhakhak...kalau bilik sorang-sorang la kan...boleh la...


Macam mana nak jadikan tidur salah satu ibadah? Ikutlah sunnah nabi ketika Baginda saw hendak tidur. Salah satu sunnah Baginda saw sebelum tidur ialah membaca tiga qul, kemudian hembus ke tapak tangan dan diraupkan ke muka hingga ke hujung kaki. Lagi???

Monday, April 23, 2012

Everything happen has a good reason


Everything happen has a good reason =)

Allah mengizinkan aku lahir daripada benih Mohd Taib Abdullah dan Sakinah Aziz…
Untuk aku mensyukuri nikmat hidup berdikari…
Untuk aku merasakan nilai dilahirkan dari keluarga yang sederhana…

ayah dan ibu...itulah permulaan kami...

Allah mengizinkan aku dengan perantaraan ayahku untuk menaiki bus sedari 7 tahun…
Untuk aku terus berdikari tanpa rasa goyah dan takut ketika dewasa…
Untuk aku berjalan di atas kaki sendiri tanpa bantuan orang lain…
Untuk mengajar aku lebih berani menaiki kenderaan awam…
Dan untuk aku menjaga diri sebagai seorang wanita pabila berhadapan dengan orang yang tak dikenali…

Friday, April 20, 2012

Kenapa suka sangat kenduri???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Subhanallah, He creates everything...He knows everything...

Dia Yang Maha Menciptakan...pemandangan belakang rumah tok...




Kenapa suka sangat dengan kenduri?
beberapa kenalan bertanya. Sebab tak sabar dah nak kahwin?

Thursday, April 5, 2012

Perjalananku

Hari Jumaat 30/3/12
Naik bus adik beradik pukul 10.30 dari kuala Terengganu dan selamat sampai di hentian putra pada pukul 4.45 pagi. Kaki terus melangkah menghala ke surau yang terdapat di hentian. Ada beberapa orang di dalam surau, ada yang mengaji dan ramai yang tidur, keletihan semalaman di atas bas. Badan turut letih. Kaki menapak ke tepi dinding, letak beg dan bantal pooh menjadi alasku untuk berbaring seketika.
5.50 am, subhanallah…nyenyaknya tidur,tanpa sedar sekeliling. Dan yang paling best, tidur macam di atas katil, terlalu berkualiti, siap boleh mimpi yang indah-indah. Padahal suasan dah semakin sesak, surau dipenuhi dengan orang tanpa nampak bayang karpet. Terdengar mak cik di sebelah menyembang.
“dah masuk belum ye subuh?sekarang dah pukul 5.58 am…” matanya memandangku.
“err,insyaAllah dah masuk, mak cik…semalam check di web JAKIM, Kuala Lumpur subuhnya masuk pukul 5.56…tapi tunggu la sikit lagi,bagi betul-betul confirm…” kataku sambil bersiap-siap untuk membasuh muka dan mengambil wuduk.
“surau sebelah xde pulak azan lagi pun…belum la tu…” cakap mak cik yang berbaju oren sambil merujuk surau lelaki yang bersebelahan. 
Aku hanya tersenyum, betul la tu, untuk lebih confirmation, tunggu sebelah ni azan. Kedua-dua mak cik terus menyembang dan aku tidaklah pula rasa nak menyampuk. Memikir, nak gerak pukul berapa dari sini. Kak Fatimah cakap semalam, nak jumpa di LRT Wangsa Maju pukul 8.30.
Setelah berwuduk,kembali ke tempat letak beg. Makcik-makcik tadi masih menunggu azan,jam dah menunjukkan 6.05.
“dah boleh solat,kan?” Tanya salah sorang mak cik sekembalinya aku ke tempat beg.
Jam hanset dikerling sekilas,dah masuk ni.
“dah masuk mak cik,insyaAllah” ujarku meyakinkan.
“tapi surau sebelah belum azan?” risau dia menjawab.
Mak cik berbaju oren mencelah, 

“dah masuk ni. Diorang azan ke tak, tapi kalau kita yakin, boleh solat. Macam di surau, ada ceramah, diorang azan isyak lambat, tapi kita dah di rumah boleh solat” ujarnya yakin.
Aku mengangguk “betul tu, boleh dah nak solat ni.”
Setelah bersiap dengan kelengkapan solat, surau di sebelah azan. Tersenyum makcik makcik tersebut. Mungkin masing-masing mengejar masa, ada yang menunggu di terminal. Aku bergegas solat, perlu bergerak awal ke komuter sebelum mengambil LRT untuk ke Wangsa Maju.
Setelah selesai, laju kakiku menapak keluar dari surau hentian untuk ke komuter. Walaupun masih gelap, tapi dengan keriuhan manusia yang turun dari bas untuk ke destinasi masing-masing, tidak menggoyahkan ku. Dan Allah sentiasa di samping. Dia sebaik-baik peneman,insyaAllah.
Tiba di tren komuter, ambil tiket dan laju menapak menaiki tangga. Tren ke KL Sentral sudah menunjukkan baying dan isyarat. Tiba di KL Sentral pukul 6.50 am. Orang masih belum ramai, yang kelihatan hanya manusia-manusia yang baru travel jauh, dengan beg besar di tangan. Manusia yang nak pergi kerja, hanya dua tiga orang.


Hati berbolak-balik, nak sarapan atau tak tapi kaki melangkah mendahului akal. Kakii terus melangkah ke mesin tiket. Dari KL Sentral ke Wangsa Maju RM2.30. Wang kertas RM1 dua keeping dimasukkan dan 30 sen syiling.
Naik LRT, sejuknya terasa, nasib baik blazer dari sesudah solat tadi belum ditanggalkan dan disimpan. Aku memilih di duduk di hujung. Orang tak ramai, boleh la membuat pilihan tempat duduk, kalau ramai?jangan harap nak buat pilihan, Aishah.
Mencongak-congak dalam hati, sekarang pukul 7.03 am, sampai sana dalam pukul 7.33 am mungkin. Ok la tu, sampai lebih awal dari kak Fatimah. Dan tetiba, 
“perhatian kepada semua penumpang, kesesakan tren sedang berlaku di hadapan. Tren akan tergendala di setiap perhentian dan mengambil sedikit masa. Tren akan berjalan seperti biasa apabila kesesakan berjaya di atasi. Segala kesulitan amat dikesali. Ladies and gentlemen, bla bla bla…”
Hah? Tren sesak? First time dengar tapi mungkin dah ber’time-time’ untuk orang yang dah biasa. Tengok orang dalam tren ni rileks ja dengan pengumuman tu.
Hurmm…ok la tu, lambat sikit sampai di Wangsa Maju. Nak tidur dalam tren ni, mata segar bugar, tak pulak nak mengantuknya mata ni. Beg tangan dibuka, matsurat dicari. Tenangnya. Dengan keadaan tren yang aman damai, dengan suasana di luar hujan renyai-renyai.
Alhamdulillah, pagi Jumaat yang barakah. Selawat banyak-banyak Aishah di hari Jumaat ni. Tepat jam 7.45 am, tren selamat mendarat di stesen Wangsa Maju. Ramainya yang menunggu untuk ke arah KL. Kaki terus melangkah ke surau. Buka lampu surau, dan masuk dalam.
“hurm, xde orang. Ni yang best ni. Boleh mandi di tandas stesen ni.” Monolog sendirian.
Selesai bersiap, jam 8.15 am. Hanset dijeling, tiada panggilan dari Kak Fatimah. Solat dhuha dulu.
Untukmu jiwa-jiwa kami…
Untukmu darah kami…
Untukmu jiwa…
Hanset sony Ericson Cybershot menyumbangkan suaranya tanda mesej masuk.
“Salam..ada mane?da gerak g JIM kew?” mesej dari Kak Sarah.
Ingatkan tadi Kak Fatimah. Tangan laju menaip balasan untuk Kak Sarah, agak lama tak jumpa dia.
“ngah sesiap..awk ada mane ni?rndu meyh, sat lg jmpa nah.” balasan dari Kak Sarah.
Rasa-rasanya tak perlu nak jawab ada di mana. Kak Sarah ni bukan boleh, nak diambilnya nanti kalau tau ada di LRT. Menyusahkan dia je nanti. Kak Fatimah belum member khabar berita. Aishah, bertindak!
“Salam akak…aishah di surau Stesen Wangsa Maju ni…nnti akak dh smpai,gtau ye…”
Selang beberapa minit, hansetku kembali menyumbangkan lagu Shoutul Harokah. Kak Fatimah? Hanset diambil lantas mesej dibaca.
“ok lg 10min.hoho…tgh tgu train”
Fuhhh, dapat juga berita dari akak ni,hehehe…10 minit? Ok,kemaskan handbag anda Aishah, buang apa yang tak patut dalam tu. Mp3 dari sony Ericson berkumandang lagu dari UNIC doa dhuha.
“ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah…jika dibumi, keluarkan…jika sukar, permudahkanlah…jika haram, sucikanlah…jika jauh, dekatkanlah…”
Mulut turut mengikut alunan doa tersebut sambil tangan laju mengemas beg. Tenangnya bila mengingati Dia Yang Maha Satu. Di luar masih hujan renyai-renyai. Setelah selesai mengemas, kaki melangkah keluar dari surau. Suis aircond dan lampu dimatikan.
Orang ramai berpusu-pusu namun kelibat Kak Fatimah belum kelihatan. Tren masih bermasalah la tu, sesak lagi. Berdiri di tepi stesen, gelagat orang diperhati. Ada yang menonong laju tanpa menghiraukan sekeliling, ada yang mengibas-ngibas paying yang basah. Dan yang beratur panjang di kaunter juga masih ramai, tak surut sejak tadi. Inilah kehidupan kota. Chewahhh.
Dan baru perasan, ada juga sorang kakak yang sedang tunggu di tepi stesen seperti aku. Mungkin menantikan kawannya untuk ke tempat kerja bersama. Dan tetiba ada seorang lelaki cina yang buta mendekati mesin keluar laluan dan spontan kakak tersebut memimpin tangannya, menunjuk arah.
Subhanallah, cepatnya dia bertindak, aku juga yang masih terpinga-pinga. Bukan nak menolong. Berkhayal lebih.
Dan sesudah dia menolong lelaki tadi, datang dua orang buta dari arah bertentangan. Kakak tadi juga dengan cepatnya menolong. Eh, kejap. Bukan menolong, tu kawan dia. Oh, dia tunggu kawan dia yang ni. Subhanallah again and again. Besarnya jasa dia. Kawan susah senang. Patutla tadi dengan lelaki cina tersebut, tindakan dia sangat cepat. Dia dah biasa dengan keadaan tu.
Allah Allah…aku belajar sesuatu dari mereka. Haza min fadhli robbi,ya Allah. Baru sedikit rahmatMu yang Kau kurniakan.
Terasa bahuku ditepuk, aku tersentak. Pandangan dialihkan di sisi kira. Kak Fatimah. Terus disalam dan dipeluknya. Perasaan terharu dengan kejadian tadi, dilepaskan apabila Kak Fatimah disalam.
“akak sihat?” tanyaku.
“Alhamdulillah…dah lama awak tunggu?”
“tak lah, sempat aishah bersiap tadi. Mandi-mandi dulu tadi, rehat kejap” balasku.
“ada surau ea kat sini?”
“ada,tu hujung tu. Ok la nak berehat dalam tu walaupun ada arahan tertampal di larang tidur dan melepak di sini,hehehe…” tunjukku ke arah belakang Kak Fatimah berdiri.
“dah?jom la kita…dah pukul 8.40 ni” ajak Kak Fatimah sambil menarik lenganku.
Sambil berjalan keluar dari stesen, mataku masih sempat memerhati orang sekeliling. Sibuknya manusia KL ni.
“akak bawak beg ni je?’ tunjukku pada bagpack dan handbag Kak Fatimah. 

Beg ku dijeling. Beg balik kampong dan handbag, gaya macam nak balik kampong. Tapi 3 hari, ni la begnya pun. Kalau lagi kecil begnya, ada yang nak kena campak luar baju-baju dalam tu.
“a ah…ni je la…sehari je pun kan…lagipun rumah akak dekat. Awak tu yang jauh. Harus bawa beg besar” ujarnya menyedapkan hatiku.
Teksi di ambil dan destinasi kami ke Pejabat Jemaah Islah Malaysia (JIM) terletak di Pusat Bandar Taman Melawati.
“aduh, kita dah lambat ni. Nak gerak pukul 9” keluh Kak Fatimah.
“gerak pukul 9? Bukan kita gerak lepas Jumaat ke kak?” tanyaku dengan dahi berkerut.
“eh tak lah…PIC tak inform? Kita ada fastrain di Perak. Tidur sana malam ni, then esok pagi baru gerak ke Kulim” terang Kak Fatimah.
“owhhh…” kepalaku terangguk-angguk. Tak kisah apa pun.
Sampai di JIM, jam menunjukkan pukul 9.03 am. Kaki terus melangkah ke tingkat atas. 

Tiba di aras tiga, Sis Jaja terjengul muka melalui pintu.


“ya Allah, dah sampai orang jauh ni. Rindunya…” ujarnya sambil memeluk ku.
“rindu jugak, walau kita dah jumpa kelmarin kan. Rindu rindu” luahku sambil memeluknya kiri dan kanan.

“Ummie ada kat dalam tu, pegi la salam” arah Sis Jaja. 

Aku tersenyum, Kak Fatimah dah terjelepuk di sofa berangkai tiga yang terdapat di depan tangga luar bilik pejabat. Penat barangkali. Langkah kaki diatur ke dalam ofis. Ummie sedang bercakap-cakap dengan seorang perempuan berbaju jubah hitam dan tudung juga warna yang sama. Diamati, aku tak kenal.

Setelah ummie sudah berbual, aku menegur.

“Assalamualaikum ummie” sambil tangannya ku cium.

“Wa’alaikumussalam aishah. Dah sampai?” Tanya beliau sambil tersenyum manis.
Senyuman Ummie yang mahal, senyuman Ummie yang buatkan ramai orang terpesona melihatnya, senyuman Ummie yang penuh dengan kasih sayang. Suka sangat bila tengok Ummie senyum. Manis.

“Ummie sihat?” tanyaku sambil dirinya ku peluk kiri dan kanan.

“sihat Alhamdulillah. Naik makan kat atas, ada nasi lemak. Pegi makan, nanti dah nak bertolak” ujar Ummie dengan prihatinnya.

Aku angguk sambil berjalan keluar dari ofis. Sis Jaja ada di muka pintu.

“sis, jom makan sekali?” ajakku.

“pegi dulu, sis ada keja sikit ni nak buat. Ajak Kak Fatimah sekali tu” Sis Jaja memuncung ke arah Kak Fatimah yang masih bersantai dari sofa dari tadi sambil tangan bermain dengan BB nya.

“okies, nanti sis makan jugak tau” pesanku.

Kakiku melangkah kea rah Kak Fatimah lalu terus melabuhkan punggung di sebelahnya. Kepala dijengukkan sedikit kea rah BB kesayangan Kak Fatimah. Sayang ke? Memandai je aishah ooi.

“akak, Ummie dan Sis Jaja suruh makan. Ada nasik lemak kat atas katanya. Jom?” ajakku tapi yang sebenarnya, tak lah lapar sangat pun.

Tak tau kenapa, perut rasa penuh ja. Adakah kerana gembira berjumpa dengan mereka di sini? Mungkin.

“nantilah kita makan, kita tunggu yang lain” ujar Kak Fatimah. Matanya tak lepas dari BB tu. Khusyuk sungguh la.

Yang lain? Ya, selain Kak Fatimah dan Sis Jaja, ada lagi seorang trainer perempuan, Sis Aisyah dan tiga fasilitator yang terlibat, Sis Sarah, Sis Syuhada dan Sis Fatin.
Tetiba PIC untuk tour kali ni muncul dengan berjubah putih. Wah, ikut sunnah. Dan baru perasan, hari ni semua sisters berjubah. Dikerling jubah Kak Fatimah, kain jubah jenis jeans warna kehijauan. Sis Jaja berjubah hitam bertudung hitam corak polka dot putih. Dan bajuku juga direnung, jubah purple dan bertudung senada. Tak boleh nak pakai warna kegemaran Rasulullah di hari Jumaat, pakai warna kegemaran sendiri kan. Hehehe…

Dan tetiba jugak, Bro AO ketuk cermin tingkap ofis yang agak bertentangan sedikit dengan sofa yang diduduki.  

Dia buat isyarat tangan, tunjuk ke atas dan tangannya dimasukkan ke dalam mulut, gaya orang makan. Then, dia tunjuk pulak jam di tangannya, bermaksud, masa dah kesuntukan.

“alamak Kak Fatimah, Bro AO dah suruh makan tu” ujarku yang sebenarnya dah sedikit ketakutan. Dah berapa orang suruh naik makan, tapi tak naik-naik.

Kaki nak melangkah ke tangga untuk ke tingkat atas dan kebetulan Sis Jaja di situ. Peluang.

“Sis, jom makan” tangannya ku tarik.

Sis Jaja menurut, mungkin kerjanya dah selesai. Sampai di tingkat atas, Sis Jaja menuju ke pantry untuk mengambil cawan dan aku terus melangkah ke tempat nasi dan air diletakkan. Kami makan berdua sambil menyembang. Tak pernah susut dengan perbualan kalau kami berjumpa. Ada saja benda yang nak dibualkan dengannya.


Saturday, September 3, 2011

Kisah Cinta Antara Kita

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba.. mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (QS. Adz Dzariyat: 49)

" Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA." (QS. An Nuur: 32 )

" Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNYA diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." ( QS. Ar Ruum: 21 )

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..

" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah.. berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya." ( Hadis )

" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa': 32 )

Cukup cintai dia dalam diam..,
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan..,

Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..,

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan..,

Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( QS. Al Baqarah: 216 )

" Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." (QS. An Nuur: 26 )

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

" Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga ." (Umar Bin Khattab ra)

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk ~

Semoga bermanfa'at.insya Allah
Bilamana catatan ini dirasa bermanfaat bagi Para Sahabat ?
Maka Sebarkanlah dgn cara klik tombol "share/bagikan" dibawah catatan ini,
semoga membawa PERUBAHAN ke yang lebih baik bagi Bangsa ini & menjadi amal jariyah bagi kita semua,aamiin... :-)

"Barang siapa MENUNJUKKAN pada KEBAIKAN ,

maka baginya PAHALA seperti orang yang MELAKUKANnya ." (HR.Muslim)

ƸӜƷ.¸¸¸.••..ƸӜƷ..••.¸¸¸.ƸӜƷ
Sesungguhnya hamba lemah tanpa Petunjuk_MU,

Hamba buta tanpa bimbingan_MU,

Hamba cacat tanpa Hidayah_MU,

Hamba Hina tanpa Rahmat_MU,



Ya Allah....

Kuatkan Hati dan semangat Hamba,

Tabahkan Hamba menghadapi segala Cobaan_MU,

Jadikanlah hamba kelak,sebagai Istri yang di senangi Suami,

Bukakanlah hati hamba untuk menghayati Agama_MU,

Bimbinglah hamba agar menjadi Istri yang sholehah...

Hanya pada_MU Ya Allah...

Hamba mohonkan segala harapan,Amiin Ya Robbal'alamiin...



Semoga bermanfaat Insya Allah...

Wednesday, January 26, 2011

...Mutiara doa...

بسم الله الرحمن الرحيم

Doa ketika dukacita dan sedih

“ya Allah, sesungguhnya aka adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atas hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.”

Doa ketika ditimpa bencana

“tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan Arasy yang mulia.”

“ya Allah, demi rahmatMu aku memohon, maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkanlah urusanku keseluruhannya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.”

“tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah tergolong daripada orang-orang yang zalim.”

“Allah, Allah Tuhanku, tidak akan aku sekutuNya dengan sesuatu.”

Doa memudahkan urusan

“ya Allah, tidakada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.”

Doa ketika keluar rumah

“dengan nama Allah (dalam keadaan), aku menyerahkan diri kepada Allah, tidak ada daya upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua.”

Doa ketika hendak masuk rumah

“wahai Tuhanku, bahawasanya aku memohon kepadaMu sebaik-baik tenpat masuk dan tenpat keluar. Dengan nama Allah kami masuk, dengan nama Allah kami keluar. Dan kepada Allah Tuhan kami, kami menyerahkan diri.”

Doa keluar bermusafir

“ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dalam perjalananku ini kebaikan dan taqwa dan daripada amalan yang Engkau reda.”

“ya Allah ya Tuhanku, permudahkan kepada kami perjalanan ini dan perdekatkan kepada kami jarak yang jauh.”

“ya Allah ya Tuhanku, Engkau yang menemani di dalam perjalanan dan pengganti di dalam keluarga.”

“ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon perlindungan denganMu daripada kesukaran dan kepenatan perjalanan serta aku kelihatan sedih serta daripada keburukan ketika kembali kepada harta, keluarga dan anak.”

Doa apabila mendapat berita gembira

“segala puji kepunyaan Allah, Tuhan yang memelihara segala alam pujian yang menyamai nikmatNya dan menandingi keutamaanNya.”

Doa memohon ditetapkan iman

“wahai Tuhanku, berikanlah kepadaku iman yang kuat dan keyakinan yang tidak lagi dipengaruhi kekufuran dan serikanlah kepadaku rahmat yang dengannya aku mencapai kemuliaan daripada kemulianMu di dunia dan akhirat.”

Doa pada waktu pagi dan petang

“aku berlindung dengan kalmia-kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan apa yang terjadi.”

Doa ketika melihat langit

“wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menjadikan ini dengan percuma. Aku akui kesucianMu, maka peliharalah kami daripada azab neraka.”

Doa memohon kesabaran

“Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran atas kami dan kukuh tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah akan kami yang mengingkari.”

Doa ketika rasa takut dan terkejut

“aku berlindung diri dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahanNya dan seksaanNya dan daripada kejahatan hambaNya, daripada gurisan syaitan dan daripada kehadiran mereka itu.”

Doa memohon keampunan kerana iman dan diselamatkan dari neraka

“ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka.” (surah ali-imran ayat 16)

Doa memohon anugerah kekuatan, kekuasaan dan rezeki yang banyak

“wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki, di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan siang ke dalam malam dan Engkau masukkan malam ke dalam siang. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup. Dan Engkau beri rezeki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas).” (surah al-Baqarah ayat 250)

Doa mohon anak dan cucu dijadikan orang yang baik

“di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan berkata: “ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.” (surah al-Imran ayat 38)


Aishah Ashiyya: mood semalam ialah kecewa...tapi kecewa yang alhamdulillah...sesuatu yang berlaku bersebab dan hanya mampu berdoa...